Jumaat, 13 Januari 2012

DR ABD RANI GANTI HASAN ALI , PAS SELANGOR DI TIPU OLEH PKR DAN DAP

Dr. Abedol Lani, U Memang Boleh Jadi Jhadam Yang Baik (Teresa Kok)

Anwar Ibrahim mampu menangguhkan perbicaraan kes liwatnya sebanyak 56 kali dan merayu sebanyak 38 kali sebelum mahkamah putuskan beliau tidak dapat disabitkan hukuman di bawah seksyen 377 Kanun Kesiksaan. Bertuah menjadi orang besar.

Berbeza dengan Hasan Ali. Tidak sampai 5 hari dari tarikh pemecatan muktamad pada hari Ahad, PKR dan DAP Selangor memecatnya dari jawatan EXCO Selangor. Belum sempat Hasan Ali hendak buat rayuan apa-apa, beliau sudah di pecat dari EXCO Selangor. Begitulah amalan 'kebebasan' buat PKR dan DAP Selangor. Bak kata Lim Guan Eng Kalipash Sosialis "Jika anda tidak bersetuju dengan saya, anda adalah Rasis!"

Khalid G sudahpun mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor mengenainya walaupun Hasan Ali masih bercuti. Bermakna Khalid G sudah mendahului keputusan Majlis Syura PAS. Tapi keputusan Majlis Syura PAS tidak penting buat PKR dan DAP Selangor. Bagi PKR dan DAP Selangor yang utama dan mustahak ialah memecat Hasan Ali dari EXCO Selangor. 

PAS tidak pernah menjadi penting dan di anggap setaraf dengan PKR dan DAP Selangor. Cuma orang dan ahli PAS sahaja yang selama ini merasa mereka adalah penting dalam Pakatan. Mari kita lihat fakta dari PRU 12. Lihat Jadual di bawah ini di petik dari laman SPR.

PKR
(20.2%)
234,552

PAS
(18.6%)
216,339

DAP
(17.1%)
199,054

PAS merupakan faktor utama kemenangan Pakatan di Selangor. Malangnya PAS hanya diberikan jawatan tak relevan dan tidak signifikan dalam EXCO Selangor. Peranan PAS hanya menjadi koir dalam demo aman, menyertai demo dan melakukan solat hajat untuk PKR dan DAP sahaja.

DAP penyumbang paling kecil tetapi memainkan peranan yang amat besar dalam EXCO Selangor dan pentadbiran negeri Selangor.
Benarlah apa yang telah didedahkan oleh MYMASSA semalam mengenai strategi DAP menggantikan PAS adalah tepat dan benar. Terbukti ianya sudah pun berlaku di Selangor.

PAS Selangor sudah di tipu dan dijadikan kuda tunggangan untuk membawa bebanan politik Pakatan dan bukan untuk djadikan kuda perang. Malah lebih tepat PAS adalah kuda lumba dalam perjudian lumba kuda politik DAP dan PKR. 

Anihnya, PAS Selangor melalui Pesuruhjaya PAS Selangor pun meredhoi ahli dan penyokong PAS dijadikan kuda lumba judi politik. Pemecatan Hasan Ali dari EXCO Selangor  membawa banyak kelebihan kepada DAP. Jika sekiranya pemecatan Hasan Ali itu di tarik balik, Hasan Ali sudah kehilangan jawatan EXCO. Teresa Kok sudah mampu tidur lena di malam hari dan menyanyikan lagu Agnes Monica 'Allah Peduli'.

Hamba tertanya juga adakah selepas ini pembinaan gereja sosialis religus Teresa Kok di Bukit Jalil bakal siap lebih awal dijangkakan? Apa pula agaknya nama gereja sosialis religus itu nanti? ALLAH UNTUK SEMUA?

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...