Isnin, 23 Januari 2012

NFCORP SENGAJA DIJADIKAN MANGSA OLEH DAP & KARTEL CINA KAPIR LAKNAT.


Bila sebut NFC (National Feedlot Center) ramai yang dikelirukan bahawa ianya merujuk kepada NFCorporation. Sedangkan NFC atau PFN (Pusat Fidlot Nasional) dan NFCorporation adalah dua entiti berbeza. Perkara ini sengaja dikelirukan oleh PKR dan DAP bagi menjahanamkan sebuah syarikat  milik Melayu Islam. 

Sebenarnya, NFC merujuk kepada entiti bernama National Feedlot Center (Pusat Fidlot Nasional/ PFN). Entiti ini adalah di bawah pengurusan terus kerajaan Pusat. Kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Manakala NFCorporation Sdn Bhd. adalah sebuah entiti penender yang berjaya di pilih melalui tawaran terbuka untuk menguruskan dan mentadbir projek NFC. Ianya bukan sebuah syarikat usahasama dengan kerajaan Pusat mahupun dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. NFCorporation Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965. NFCorp adalah milik orang persendirian.

Lapuran Ketua Audit Negara pun merujuk kepada NFC dan bukan kepada NFCorporation. Malah lapuran Ketua Audit Negara pun diputarbelitkan oleh PKR dan DAP untuk memburukkan kerajaan dan menjahanamkan segala usaha NFCorp. Kenapa hamba mengatakan demikian?

Tahukah anda semua bahawa isu NFCorp ini ditimbulkan oleh PKR setelah DAP gagal dalam misinya?

Apakah misi DAP? Dipercayai bahawa melalui kesepakatan dengan kartel Cina kapir laknat, seorang ahli DAP telah bekerja di NFCorp sebagai Pengurus Pemasaran. Salah satu tugas beliau ialah mengutip wang tunai semua hasil jualan NFCorp pada setiap hari. Diberikan kepercayaan oleh pengurusan Melayu untuk memasukkan wang tunai hasil jualan itu ke dalam akaun bank NFCorp. Tapi apakah berlaku? Beliau telah melakukan penyonglapan sejumlah RM2.7 juta terkumpul. Pecah amanah berlaku. Sabotaj sengaja dilakukan. 

Apabila pengurusan NFCorp menyedarinya, beliau telah di pecat. Berikutan pemecatan beliau seluruh kakitangan NFCorp berbangsa Cina turut meletakkan jawatan. Laporan polis sudah di buat oleh NFCorp. Polis telah menyelesaikan siasatan mereka. Kesalahan jenayah Pecah Amanah didapati telah dilakukan oleh pengkhianat tersebut. Kini hanya menunggu pendakwaan secara rasmi di mahkamah.

Apakah berlaku seterusnya? Beberapa bulan selepas itu barulah PKR melalui Rafizi membangkitkan isu NFCorp.

Inilah nasib yang menimpa hampir kesemua syarikat milik Melayu di bidang ekonomi. Amalan liberalisasi dan slogan bersaing secara sihat yang dilaungkan oleh komuniti peniaga Cina Malaysia sebenarnya adalah laungan dan seruan agar komuniti peniaga Melayu dimatikan terus. 

DAP tidak sesekali merasa senang melihat kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Dunia komuniti Cina adalah dunia materialistik. Bukan dunia spiritual. Budaya mereka ialah Kiasu yakni Tidak Mahu Mengalah. Jadi faham-faham sajalah. 

Kesimpulannya, janganlah kita menjadikan mana-mana syarikat milik Melayu seperti NFCorp ini mangsa kekejaman amalan Kiasu dan pendengkian melampau. DS Najib kata amalkan kesederhanaan atau bawa budaya moderasi.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...