Rabu, 18 Januari 2012

NASIB LAH RANI MUKARJEE DAN UMNO KUALA LANGAT, DR AHMAD YUNUS JADI EXCO.


Rakan bloger Semuthitam menulis:-

Halamak!!! Apa cerita ni? Dengar kata Dr. Abdul Rani tu GAGAL dalam permainan psikologi dia untuk merebut jawatan sebagai Exco Negeri.

Sebelum ni, Dr. Rani dah cakap yang dia tak kisah jika tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hassan Ali.

Tapi puak - puak PAS Selangor julang nama dia bagai nak rak mengharapkan agar dia sangkut jawatan tersebut. Sekali, hampa belaka semuanya.

Dikalangan ahli - ahli PAS lain pun dah tau yang kenyataan Dr. Rani sebelum ini hanya taktik dia untuk tidak dilihat beria - ia sangat nak jawatan tu. Semuanya wayang belaka.

Sekarang, wayang dia tu dah jadi kenyataan. Jadi buat rugi je la dia seru ahli - ahli PAS agar turun menyokong Si Ketua Penipu tu meliwat sebelum ni!!!
KUALA LUMPUR, 18 Jan — Kejutan berlaku di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai exco kerajaan negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.Keputusan itu dilihat mengenepikan calon pilihan ramai iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi ini dengan disaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan ahli majlis mesyuarat yang lain.Sebelum ini PAS Selangor sebulat suara mencadangkan Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru untuk menggantikan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keanggotaannya.Semalam Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman menafikan dakwaan bahawa perselisihan dengan Istana akan menjejaskan peluang Abdul Rani dilantik exco.Utusan Malaysia semalam menyebut Abdul Rani berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapat perkenan Sultan Selangor bagi dilantik sebagai exco berikutan pertikaiannya berhubung isu tauliah mengajar selain kritikan beliau terhadap pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada kerajaan negeri Perlis.“Kita (PAS Selangor) sebulat suara mencadangkan pesuruhjaya (Abd Rani) untuk menggantikan Dr Hasan dan setakat ini kita lihat tiada masalah dengan cadangan itu.“Kita hanya berikan satu nama sahaja kepada kepimpinan PAS pusat, tapi kita masih belum dapat sebarang maklumat terbaru daripada PAS pusat dan juga menteri besar,” kata Mohd Khairuddin.Abdul Rani menjadi calon pilihan untuk menggantikan Hasan yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Ps: Rasa - rasanya, Exco baru ni mampu ke tidak nak menjalankan tugas yang ditinggalkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali dalam menegakkan Islam? Kalau nak harapkan orang lain, tunggu kiamat pun diorang takkan mampu!!! 
Habislah UMNO Kuala Langat. Dr Ahmad Yunus di lantik menjadi EXCO dan Ketua Pemuda PAS Kuala Langat orang impot dari Kelantan bakal memastikan jawatan itu kekal di pegang oleh ADUN PAS yang menang dalam DUN Sijangkang. Patah Iskandar dengan penyelaras Parlimen Kuala Langat agak-agaknya boleh tak korang impot orang BTN pegawai Kelantan jadi calun nak lawan Dr Ahmad Yunus?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...