Rabu, 18 Januari 2012

BODOHNYA HALALKAN LIWAT KERANA BENCIKAN UMNO.



Dalam isu Anwar Ibrahim menghalalkan liwat, Dr Novandri menulis:- 
Pelbagai pihak telah memberi reaksi tentang keterbukaan Anwar Ibrahim tentang undang-undang homoseksual di negara ini. Begitu juga dengan NGO seperti Majlis Peguam dan IBAHRI yang mahu menghalalkan aktiviti LGBT. MiM melihat keterbukaan memperjuangkan seks songsang ini sebagai satu penghinaan yang nyata kepada agama Islam.Yang paling menyedihkan ialah trend tersebut disokong oleh pemimpin Islam sendiri yang semakin terdesak mendapatkan sokongan walau pun trend tersebut melanggar pegangan agama beliau. Penganut Islam di negara ini semakin dicabar secara terang-terangan. Bukan sahaja dicabar tetapi sebenarnya telah diludah oleh mereka itu!
Apa yang kita mahu buat?
1. Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.
‘‘Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.
‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
2. Bekas Fellow Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin menilai, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang homoseksual negara itu bermotifkan politik iaitu mengharapkan sokongan daripada kumpulan yang berfikiran sekular serta liberal.
Anwar juga kata beliau, cuba menonjolkan kepada masyarakat dunia terutamanya Barat bahawa beliau boleh bersifat terbuka dalam perjuangan hak asasi manusia termasuk dalam soal hubungan sejenis meskipun perkara itu jelas ditolak oleh semua agama.
“Di negara ini kenyataan seperti itu mungkin boleh memberikan kelebihan politik daripada sekumpulan kecil kelompok masyarakat, tetapi bagi mereka yang waras ia adalah satu kenyataan yang melampau,” katanya.
3. Ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, undang-undang mengenai homoseksual tidak sepatutnya dipertikai kerana perbuatan itu ditegah oleh semua agama.
Sambil menyifatkan hubungan sejenis itu merupakan kesalahan yang diketahui meskipun oleh kanak-kanak, beliau berkata, orang dewasa yang menyokong perbuatan itu boleh dianggap terkeluar daripada Islam kerana menolak hukum Allah.
“Justeru saya menasihati umat Islam di negara ini agar tidak menunjukkan sokongan kepada gerakan yang cuba menghalalkan hubungan sejenis termasuk memilih pemimpin yang cenderung menyokong aktiviti seperti itu,” katanya - UM. 
 Sebagai jawapan kepada pertanyaan Dr Novandri ' Apa yang kita mahu buat? " kita pakat Buat Bodoh je lah ........


TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...