Sabtu, 14 Januari 2012

KES KLASIK ANAKKU ADAM ADLI VERSI BARU.


Rakan bloger penaksj menulis:-

“Ayah saya jawab, ‘saya ada facebook, saya pun ada internet.  Saya tahu’.”  
Itu reaksi bapa si mamat bebal Adam Adli bila ditanya untuk tawaran keluarganya mengatur menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri Najib Razak.
Itu dakwaan kononya Adam Adli menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya setelah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli untuk membuat tawaran itu.
 “Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan.”
Sekali lagi bapanya mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu bercakap di telefon bila tawaran dari saudara Reezal Merican dibuat bagi menjernihkan keadaan.
Keengganan bapanya menerima tawaran ini membawa kemelut Adam Adli terus tiada penghujungnya dan kesudahan kebiadapan Adam Adli sememangnya tiada noktah jika benar dakwaan ini keluar dari bapa Adam Adli seperti yang didakwanya.
Penulis masih enggan percaya dengan jawapan Adam Adli ini dengan mengatakan :
Bila ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, “Family saya sangat okay.  Mereka juga berjuang.”  Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, “Mereka yang lahirkan saya.  Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka.”
baca seterusnya di sini PENAKSJ
Apa ada hal pun kalau Adam Adli enggan meminta maaf ? Beliau yakin dan percaya apa yang telah dilakukan olehnya itu sebagai betul hasil ajaran Anwar Ibrahim. Mati hidup balik pun Adam Adli tidak akan meminta maaf. Jadi, biarkan saja budak hingusan itu melayani keegoannya sendiri. Tiba masanya nanti beliau akan menyesal sendiri. Tan Sri P.Ramlee pernah menceritakan kepada kita jenis anak hingusan seperti Adam Adli dan kesudahannya. Meh layan klip viddeo di bawah ini. Bayangkan saja itu Adam Adli dengan bapa nya.



TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...