Sabtu, 21 Januari 2012

KELAB 'BLUE BOY' KELAB GAY SELAMA 20 TAHUN DI KL?

Sebuah blog satira politik SP (Segalanya Pukimak!) yang sarat dengan sindiran tajam dan baru muncul di sferablog mendedahkan suatu maklumat. Maklumat tersebut berkenaan dengan apa yang didakwanya sebuah kelab gay di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menurut bloger tersebut kelab telah beroperasi selama 20 tahun tanpa sebarang serbuan daripada pihak berkuasa. Berikut adalah petikan maklumat berkenaan:-
Yang paling mengujakan ialah Blue Boy.  Blue Boy ni memang syok giler beb...
 
Kelab gay ni sudah dua dekad wujud di nombor 50,  Jalan Sultan Ismail.  Ramai pun homo-homo cun macam aku ni tau kewujudan gay club tu.  
Hamba juga ingin tahu apakah maklumat itu benar? Jika benar eloklah pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membanteras gejala yang kurang sihat tersebut.

Amalan seks luar tabie' bukanlah sifat naluri dan semulajadi manusiawi. Ianya adalah hasil dari nafsu yang tak terkawal kerana mahu mencari kelainan kepuasan seksual dengan cara menyalahi hukum tabiat manusiawi. Itu adalah ajaran setanirojim yang mahu menyesatkan manusia.

Kerangka asas kenegaraan Malaysia tidak mengiktiraf amalan itu sebagai salah satu hak kebebasan asasi manusia kerana amalan itu bertentangan dengan nilai murni dan suci asas kekeluargaan.

Kita mahu membina dan memupuk sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai manusiawi sejagat. Bukannya sebuah masyarakat yang menerima dan mengamalkan nilai-nilai yang merosakkan manusiawi sejagat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...