Ahad, 8 Januari 2012

BERITA PENING: AZMIN ALI KATA TIADA SYARAT.


Anwar Ibrahim kecewa apabila PDRM tidak mengharamkan perhimpunan 901. Bagi mengagalkan keizinan yang diberikan pada hari Jumaat 6 Januari 2012, PKR melakukan perbuatan vandalisma. Akhirnya pelaku tersebut berjaya di tahan polis pada 7hb Januari 2012. Lihat keratan di bawah ini.


Apabila tindakan itu gagal, maka Azmin Ali dengan sepantas kilat menafikan adanya 10 syarat yang dipersetujui dengan PDRM. Lihat di bawah.


Penafian Azmin Ali itu pula di sambut dengan berita di bawah. Yakni drama kononnya si Payyad (dalam BERSIH 2.0 berlakon terkena kanister pemedih mata buatan Israil). Lihat di bawah petikan daripada Keadilandaily.
Dalam cerita Payyad, kita sendiri dapat menilai betapa mengarutnya kisah tersebut. Bagaimana mungkin di dalam kesesakan tersebut ada seseorang mampu menyuntik tangan Payyad? Kemudian diberikan deduksi kononnya sasaran ialah akaq Wan Jijah. Ini bagi menimbulkan persepsi bahawa nyawa Anwar Ibrahim dan keluarganya dalam bahaya (walhal tidak). 

Sementara itu PAS Pusat mengeluarkan kenyataan Mustafa Ali agar peserta PAS mengikuti semua persetujuan antara PKR dengan PDRM pada 6hb Januari 2012 (yang telah dinafikan oleh Azmin Ali   dalam kenyataan di Keadilandaily). Bila berlaku percanggahan seperti ini bermakna PAS dan PKR sengaja mahu menimbulkan kekeliruan kepada para peserta nanti. Ini bakal memudahkan mereka membuat provokasi dan putar belit cerita.


Malah PAS akan menyediakan pula 500 orang Marshal. Wow! Anda perlu ingat bahawa itu tidak termasuk di dalam persetujuan antara PDRM dengan PKR. Jadi apakah perlunya PAS menyediakan 500 orang Marshal pula? Hairan bukan? Tidakkah ini bermakna PAS dan PKR cuba untuk mengambil alih kawalan perhimpunan 901 daripada pihak polis secara helah?

Inilah gaya dan cara PAS dan PKR membalas budi baik PDRM. Awal-awal lagi PAS dan PKR sudah menyediakan perangkap buat PDRM. Esuk hari Ahad. Jadi agak mustahil bagi PDRM untuk membuat kenyataan balas. 

Jadi pada hari Isnin akan berlaku kekecohan juga akibat salahfaham yang sengaja ditimbulkan oleh PAS dan PKR.

Anda perlu ingat juga bahawa Akta Perhimpunan Aman 2011 masih belum diwartakan lagi dan belum berkuatkuasa walaupun sudah diluluskan di Parlimen. Oleh itu segala perundangan sebelum ini masih terpakai. Jangan salahkan PDRM nanti.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

malik berkata...

Akaq Wan menangis? Adakah bodyguard bertakhta di hati?... wow.. i loikee..

Tanpa Nama berkata...

Syok sendirilah dorang ni. Tak de modal lain ke, asyik asyik kena suntik. Gi lah tanya DSAI apa ubat dia ambil boleh hidup sihat sampai sekarang setelah diberikan suntikan HIV..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...