PERKASA dan PEKIDA akan mengadakan demonstrasi balas sebagai langkah berjaga-jaga terhadap perusuh 901 di kompleks mahkamah 901. Tindakan tersebut tidak disenangi oleh kelompok UMNO Reform yang tidak mahu agenda tersembunyi di sebalik 901 itu dipatahkan dan digagalkan. Malah melalui rakan sekutu mereka sanggup memperlekehkan dan menghina PERKASA dan PEKIDA sebagai tindakan orang gasar dan tidak matang. Malah menganggap PERKASA dan PEKIDA diperalatkan. Pandangan tersebut adalah amat biadap dan merupakan penghinaan kepada PERKASA dan PEKIDA.
Kegusaran kelompok UMNO-Reform, (yang menyangka mereka adalah lebih intelign dari makhluk asing dari planet Marikh) berpunca dari ketakutan mereka sendiri. Mereka mahu menembusi dinding pemikiran nilai-nilai yang mereka tanggap sebagai lapok dan usang. Tapi siapakah mereka untuk menilai sesuatu itu sebagai lapok dan lama? Sedangkan mereka sendiri membawa nilai-nilai filosuf yang hanya mendapat tempat di rak-rak perpustakaan sahaja.
Bukankah mereka juga yang menjadi dalang kepada 901? Turut menjadi dalang kepada BERSIH 2.0? Mereka sedang menguji teori dialektika, teori Machiavelli dan Goebbel. Mereka sendiri pun sukar menerima pandangan yang berbeza. Apa yang nyata dan jelas ialah mereka merupakan kelompok opurtunis, hipokrit dan egois yang cuba menjadi pejuang keadilan puitis. Insya Allahu Ta'ala mereka akan gagal dan kecundang terus di persada pertempuran politik.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan