ADUAN PEMBACA BLOG.
Tertarik dengan artikel rakan bloger DOUBLE Y yang menerbitkan semula aduan seorang pembaca blog mengenai Sistem Pemutihan. Pada pendapat hamba ianya perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berkenaan untuk memperbetulkan keadaan agar tidak mempalitkan kepada Barisan Nasional -UMNO. Untuk kebaikan dan manafaat bersama, Hamba terbitkan semula di sini;-
Shahrul Azman Bin Alang Saidi said...Kenyataan sebelum ini, KDN buntu kerana PATI tidak respons program pemutihan ini. Sebenarnya, Bukan Salah PATI, dan bukan Salah Majikan, ini salah KDN sebab, dari mula KDN tidak konsisten dalam membuat keputusan.Apabila tidak tegas, ramailah yang besar kepala memberi idea ini dan itu... akhirnya timbullah segala macam peraturan yang perlu di patuhi. Katanya one stop centre, tetapi Majikan kena juga menghadap Jabatan Tenaga Kerja.Sebagai seorang yang terlibat dari mula program ini sehingga kini, saya menilai SISTEM yang digunapakai tidak pernah diujiguna terlebih dahulu. Sepatutnya dengan penggunaan segala kemudahan ICT semuanya semakin mudah dan user friendly, tetapi hakikatnya perbagai redtape yang dilalui.Sebagai pemain kecil dalam program ini saya merasa pihak MAMPU perlu memberi pandangan.Pusat pemprosesan Program ini hanya di buka di Putrajaya (kelmarin baru mula di Johor Bahru) tidak mungkin menampung kesemua majikan. Tidak semua yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk turun dan naik berkali-kali sepanjang program pemutihan ini. Maka akibatnya hanya kurang 5% sahaja PATI yang berjaya diputihkan sehingga kini.Penempatan pegawai pegawai pemproses yang muda dan tidak berpengalaman. Ini juga menyulitkan proses permohonan yang menyebabkan proses menjadi rigid dan tidak mesra pelanggan.Apabila susah, ada redtape untuk mendapat kelulusan mesti ada kosnya. Maka segala redtape inilah yang meningkatkan kos pengurusan buruh asing. Dikatakan bahawa sekarang ini , bagi kos mengurus kelulusan ini meningkat hampir 100%. Tidakkah ini akan membebankan lagi para Majikan?Faktor masa juga tidak bersesuaian. Nampak sangat KDN tidak sensitif terhadap bulan ramadan (proses pendaftaran PATI dahulu) dan juga hujung tahun. Pada masa inilah Majikan memerlukan belanja yang lebih bagi tujuan-tujuan perayaan, belanja buka sekolah , pembayaran bonus pekerja dan lain-lain lagi. Masa untuk Program Pemutihan ini juga agak singkat (adalah diharapkan dilanjutkan lagi untuk beberapa bulan).Lagi satu siapa dibelakang NERS ini- peralatan tumbprint yang dikatakan tercanggih itu? Harap-harap adalah pihak yang menyiasat siapa mereka dan apa faedah yang mereka dapat. Tetapi sebelum itu apa dia kretaria untuk memilih sistem NERS ini? Tiadakah sistem yang lebih baik dan terbaharu lagikah sekarang ini?Akhirnya, diharapkan pihak KDN lebih bertanggungjawap dan jangan syok sendiri. Bila terdesak barulah pandai cari semua Stakeholders tanya pendapat, masa itulah panggil orang kedutaan, panggil syarikat pengurusan, panggil majikan dsbnya.Sebelum itu mereka angkuh dan syok sendiri dengan angka-angka pencapaian semasa proses pendaftaran terdahulu, tanpa sedar bahawa pencapaian terdahulu tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama dan usaha bertungkus lumus pihak swasta baik pihak majikan , agen, syarikat pengurusan malah PATI itu sendiri! P/s : saya tweet DS Hisham menteri KDN pasal program 6p dia tak jawap, tapi orang lain tweet pasal makan biskut munchy, pasal motor besar, pasal bini dia lawa dia jawap.Hapa punya menteri! Tak pelik kenapa KDN tak sensitif dan tidak bertanggungjawap, sebab MENTERInya macam itu!,Maaflah saya pun orang UMNO tapi Menteri UMNO macam ini merosakkan negara!Atau mungkin bukan orang UMNO yang buat keputusan ini, sebaliknya puak-puak PTD sahaja nak buat eksperimen, jika 'ok" nama diorang naik, jika "tak ok" Menteri yang kena (boleh jadi jugak!!!). Sebab kes terdahulu sudah banyak budak-budak PTD ni Sabotage program kerajaan.Whatever yang pasti Menteri dan Penasihat-penasihatnya termasuk budak-budak mentah PTD ini been ill-advised dan slow learner!Saya berharap pihak yang bertanggungjawap mengotak katik kan program ini di kenakan tindakan tatatertib kerana mencaca merbakan program kerajaan , merugikan masa rakyat, menyusahkan rakyat, merugikan duit tax payer, menjadikan program besar ini bahan ketawa peringkat antarabangsa dan merosakkan nama baik kerajaan Barisan Nasional!
TEPUK DADA TANYA IMAN!
1 ulasan:
ada orang kuat KDN kata ramai juga pati yg dah buat metrik tu balik ke indon secara sukarela.maksudnya balik dan tak mau masuk/kerja lagi kat malaysia ni.
betoi ka?
yang aku tau,ramai pati ni bayar kat ejen dan berurusan dengan yang dok jaga pintu keluar tu dengan mudah..
lepas sebulan dua masuk semula melalui lcct atau pun kat johor sana melalui batam.
hari2 ada saja indon balik ke negara mereka dan masuk ke malaysia dengan mudah(terutama spesis madura).
sekarang ni kalau kita ke kedutaan indon.bolih lihat beribu rakyatnya berkumpul untuk dapatkan dokuman perjalanan keluar hingga ke tengah malam.
mereka ini balik dan masuk semula dengan mudah.
pendapat aku walaupun ada program 6P.bukan berkurangan pati tetapi akan bertambah terutama warga indon.
kenapa jadi macamtu..."tepuk bahu tanya pati...mau pulang dan kembali lagi ya?..bisa diatur semuanya.kita bisa urus semua pokoknya bayar.."
aku tinggal satu bumbung dengan indon(flat pkns ss6 klana jaya dah jadi flat indon).tahu sikit sebanyak benda ini.
itu belum termasuk barangan subsidi seperti beras,gula,minyak masak dan lain yang dihantar balik melalui ejen penghantaran dipelabuhan klang(pejabatnya diKajang).
mungkin petugas2 dipintu2 masuk/keluar negara kita ini kena penyakit rabun dekat.
10hb disember lepas jam 6pg aku ke KLIA hantar sorang indon balik surabaya guna penerbangan MAS.orang tua ini bawa bagasi melebihi yang dibenarkan.
tapi semua selesai sebab rupanya ada ulat kat chek-in kaunter KUL-SURABAYA(ingatkan kat hentian puduraya je ada ulat).
bagasi terlebih berat dalam 20kg..mula2 minta tambah rm250.00.
lepas kowtim dengan dua ekor ulat spesis jawa kat depan check-in kaunter cuma bayar rm100.00.
selesai semua..dapat orang tua naik flight.
dua ekor ulat spesis jawa ni lebih sibuk dari kakitangan MAS sendiri didepan kaunter chek-in.
kesian MAS selalu saja rugi.syarikat kuah pun tak dapat,tapi ada staf pula dapat makan daging hari2.
yang tak bagusnya..aku pula kena saman olih trafik sebab parking kat depan pintu masuk KLIA.
nak kata apa lagi bayar sajalah sebab anggota trafik tersebut telah menjalakan tugasnya dengan baik.
moral ceritanya..ada pejawat awam yang bertugas dengan jujor(terima kasih brother traffic),tetapi ramai yang bekerja sekadar dapat gaji dan hidup mewah melebihi pendapatan.
apa la aku melalut ni..wa chow dulu.
Catat Ulasan