Ahad, 6 November 2011

ANIHNYA PENGORBANAN DI MALAYSIA INI.


PENGORBANAN. Anih memang anih. Dalam suasana ISLAM di cabar dan hak kedudukan bangsa Melayu menjadi suatu penghinaan tiada pula sebarang tindakan tegas menegur sikap DAP secara bersungguh dilakukan oleh pas-pkr. Sebaliknya pas-pkr lebih cenderung menyalahkan UMNO. Kelemahan ketara di pihak Melayu Islam ialah terlalu memfokus persoalan 'SALAH SIAPA' daripada memfokuskan kepada 'BANGUN PERTAHANKAN!'. Dalam semua sudut, segi dan aspek Melayu Islam masih lagi dalam keadaan selesa. Masih lagi lena. Masih lagi mamai. Masih lagi terbuai terhoyong hayang. Kepada siapa lagi kita hendak harapkan untuk mempertahankan kedaulatan martabat ISLAM sebagai agama rasmi negara dan hak kedudukan kita melainkan kita sendiri? dalam kemelut ini ada pula pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut kekayaan untuk dirinya sendiri. Mereka yang telah diberikan kuasa dan berkedudukan dalam masyarakat lebih banyak mendiamkan diri dan membiarkan pihak lain bertindak. Apabila tindakan itu berjaya, mereka mengakui itu adalah hasil usaha mereka. Apabila tindakan itu gagal merekalah yang paling kehadapan untuk mencemuh pihak yang telah bertindak. Melayu Islam dalam golongan 'atasan' dan mempunyai 'akses' kepada pemimpin tertinggi negara acapkali mempermainkan, memanipulasikan dan memperalatkan orang 'bawahan' yang berkorban mempertahankan ISLAM dan hak kedudukan Melayu. Mereka mencongak bahawa dalam apajua situasi yang terhasil mereka tetap berada dalam keadaan 'selamat'. 

Nasihat hamba kepada semua orang Melayu Islam di negara ini yang mengaku mereka adalah pejuang-pejuang  dalam kelompok mereka ikhlaskan diri masing-masing. Persucikanlah hati masing-masing. Serahkanlah jiwa raga yang suci tubuh badan yang bersih kepada perjuangan kerana Allah SWT. Janganlah jadikan Fi Sabillillah sebagai mainan manis mulut berkata. Ingatlah, Allah SWT mempunyai lebih ramai bala tentera yang lebih hebat daripada kita semua yang mengaku 'pejuang'. Andaikata sesaat dibukakan hijab masing-masing untuk melihat 'kebesaran' dan 'kekuatan' tersebut niscayalah anda sendiri terpinga-pinga seperti orang kemabokan. Janganlah asyik memandang bahawa kitalah yang paling hebat, paling tersohor paling selamat paling itu dan ini. Kesemuanya adalah pinjaman belaka baik bakat, pangkat dan harta.

Kepada para pemimpin Melayu Islam janganlah anda fikir pula bahawa pengorbanan orang bawahan ini dikhususkan untuk anda dan ianya merupakan kewajiban bagi mereka untuk melakukan pengorbanan itu. Ingatlah, Allah SWT itu mempunyai ramai lagi pemimpin-pemimpin yang lebih hebat daripada anda semua.Justeru itu anda tidak berhak melakukan apasaja terhadap mereka dan memikirkan bahawa mereka tidak perlu diberikan ganjaran. Ya mereka tidak meminta ganjaran dan balasan tapi adakah wajar anda mengambil 'sesuatu yang bukan hak' anda? Ketahuilah andaikata anda memperolehi kemenangan itu kerana sudah ditakdirkan dalam Qada' dan Qadar Allah SWT sejak diciptakan olehnya Qalam dan Ummul Kitab di Lauh Mahfuz. 

Ingatlah semua bahawa ALLAH SWT tidak pernah leka dan alpa. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...