Isnin, 15 Ogos 2011

SPR PERLU BERSEDIA HADAPI PERBUATAN SABOTAJ PEMBANGKANG.

Kita semua sudah arif dan masak dengan tektik pembangkang dan sikap talam dua muka sesetengah kelompok kakitangan awam yang menyokong pembangkang. SPR mestilah membuat langkah-langkah kewaspadaan tinggi dan membuat rombakan besar kepada jentera pilihanraya di peringkat daerah dan negeri. SPR tidak boleh lagi bergantung kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri. Ini kerana sudah ada kemungkinan besar di pihak mereka akan melakukan sabotaj secara besar-besaran semasa PRU 13 nanti.



Tidak mustahil, pusat-pusat daerah mengundi akan di tutup oleh pegawai-pegawai yang menyokong pembangkang kononnya sebagai bantahan kepada perjalanan pilihanraya yang tidak telus dan bersih. Malah, para pengundi yang menyokong pembangkang juga akan melakukan sabotaj secara besar-besaran bagi mengagalkan proses pengundian.

Pada kali ini SPR mestilah melakukan saringan pegawai-pegawai kerajaan samada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri dan daerah. SPR juga dinasihatkan jangan menggunakan khidmat para guru sekolah. Sebaiknya SPR menggunakan khidmat pegawai-pegawai kerajaan, negeri dan daerah yang sudah disaringkan dan diluluskan oleh SB setempat. SPR sudah sepatutnya menyediakan senarai pegawai-pegawai kerajaan yang boleh dipercayai mulai sekarang.

Pihak pembangkang pada kali ini tidak akan sesekali berminat untuk bertanding di dalam PRU 13 sebaliknya sehari selepas pengumuman pembubaran Parlimen dan DUN negeri-negeri di bawah BN dibubarkan, pembangkang akan melakukan gerak kerja sabotaj mereka dengan cara-cara berikut:-

1. Tidak membubarkan DUN negeri-negeri di bawah pentadbiran ini.



2. Natijahnya ialah, MB dan EXCO negeri-negeri di bawah mereka mempunyai taraf eksekutif dan legislatif yang sah dan berkuatkuasa. Mereka memegang kuasa autonomi negeri. Manakala EXCO mereka merupakan Badan Eksekutif dan DUN mereka merupakan badan Legislatif yang berkuatkuasa.

3. Ini bermakna, mereka adalah kerajan-kerajaan negeri yang sah ada. Oleh itu sebarang kekecohan yang berlaku mereka akan dapat mengambil alih pentadbiran negara melalui campurtangan kuasa-kuasa asing.

Hati-hati, kerana pembangkang sudah ada strategi untuk merampas kuasa melalui kuasa-kuasa EXCO dan DUN yang tidak dibubarkan semasa Parlimen Malaysia dibubarkan. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...