Hutang Airport Taxes Sudah Langsai Ka Macha?
KISAH "ANAK KOLIANG" YANG KURANG AJAR
(Sudahlah bertaraf Keparat Biadap Pula)
Isu 'Shares Swap' dan AirAsia dengan MAHB tidaklah menjadi keutamaan kepada hamba selama ini walaupun ada ajakan daripada rakan bloger untuk memainkan isu ini. Hamba masih melihat dan mendengar. Paling hebat memainkan isu ini ialah rakan-rakan bloger dari Sarawak. Mereka pun bukan calang-calang orang. Mereka tidak akan menulis jika tidak mempunyai fakta lengkap. Ternyata apa yang mereka luahkan adalah benar.
Hamba pernah mendengar penjelasan maklumat pihak ketiga yang pro isu ini dan dari sudut perspektif amalan korporat hamba berdiam diri. Namun ada banyak perkara yang tidak kena nampaknya dalam isu ini. Dari sudut perpekstif lain terlalu banyak kudis pekung yang jika tidak diubati bakal membunuh kepentingan MAHB dan kakitangan MAHB yang tidak berdosa.
Setelah membaca artikel rakan bloger APA mengenai tindakan Tony Fernandez bersikap kurang ajar kepada MAHB kerana memberikan SURAT AMARAN kepada pengurusan MAHB.
Kakitangan AirAsia sedang menjalankan kempen Say No To Airport Tax Increase dengan melekatkan sticker kempen di pakaian dan Boarding Pass penumpang. Tindakan provokatif ini sudah melampaui batasan bersifat kurang ajar lagi biadap tak mengenang budi orang.
Dikatakan MAHB telah melakukan usaha-usaha menghalang kempen yang bersifat prejudis dan penuh kudis tersebut. Baca artikel BigDog di sini A GLC DIRECTORS POLITICS OF HATRED
Persoalan paling besar ialah Kenapa 'Anak Koliang' boleh menjadi begitu kurang ajar dan teramat biadap? Betul juga kata rakan bloger APA HARI INI HANTAR SURAT RASMI AMARAN KEPADA MAHB (TANGAN YANG BERINYA MAKAN MUDAH) .....
ESUK LUSA PERDANA MENTERI PULA DIBERIKAN AMARAN RASMI OLEHNYA !
Ada tak mana-mana pmeimpin UMNO yag bertelo hendak tegur 'Anak Koliang' ini pada hari penutupan?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
2 ulasan:
Koliang-Moliang, Terpaliang> Terguliang- Tertunggiang....hahaha
dulu , ketika mula bertatih dalam bisnes penerbangan , siapa tolong fernandez ?
MAS dengan arahan KERAJAAN !
sekarang , apabila Fernandez dah mula merasa luasnya udara dalam perut , siapa dia nak hancurkan dan ingin menguasai segalanya ?
MAS ..!!
kenapa Fernandez dah mula biadab dan kurang ajar ?
kerana dibelakang dia ada taiko ! ada YB dan ada parti yang menghasut !
siapakah mereka itu?
YB dari pembangkang , ada YB dari kerajaan , ada 'taiko' dari dalam dan luar negara !
Catat Ulasan