Jumaat, 9 Disember 2011

MAHUKAH DAP RASIS SELANGOR DENGAR ARAHAN KUDA TUNGGANGANNYA IAITU PAS ?



PEMBULIAN PAS SELANGOR OLEH RAKAN SEKUTUNYA
(PAS Di Buli Oleh DAP Rasis Sesuka Hati Tanpa Belas Kasihan)

Khalid Samad menyanggah cadangan DAP Rasis Selangor untuk meletakkan calun Melayu (beragama apa belum tahu) di kawasan majoriti Melayu Islam. Ini bagi memberikan imej kosmetik DAP rasis kononnya sebuah parti berbilang kaum tapi bukan beragama Islam. Khalid Samad menegaskan bahawa PAS Selangor tidak akan tunduk kepada kemahuan DAP Rasis Selangor. 
‘‘DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.
‘‘Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau lupa bagaimana DAP Rasis Kedah berjaya menundukkan PAS Kedah, Berjaya menundukkan PAS Pusat dan berjaya menundukkan PAS Perak serta Pulau Pinang. Jadi dimanakah kebenaran dalam kata-kata Khalid Samad? Beliau sendiri pun menggunakan wang zakat untuk persekolahan anaknya di luar negara. Beliau turut lupa mengenai arahan Ronnie Liu agar minuman keras yang di rampas dikembalikan semula. 


Apabila di tanya mengenai penerimaan pingat darjah kebesaran yang diberikan kepada Hassan Ali, beliau menjawab dengan nada yang bercampur baur. Jawapan beliau tidak ikhlas. 
‘‘Namun pada saya penganugerahan darjah kebesaran ini dilakukan oleh baginda mengikut giliran kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dianugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) manakala Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim turut menerima darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) pada tahun lalu.
‘‘Saya melihat baginda adalah adil dan anugerah serta darjah kebesaran diberikan mengikut giliran iaitu Menteri Besar (Abdul Khalid) kebetulan daripada PKR, Speaker DUN (Chang Khim) daripada DAP dan seterusnya kali ini Pas (Hasan),” katanya.
Beliau turut di minta mengulas mengenai pendapat Datuk Zaini Hasan yang berpendapat Hasan Ali adalah penyelamat perpaduan dan penyatuan orang Melayu, Khalid berkata itu pandangan peribadi penulis.


Sebelum ini Khalid mendedahkan mengenai senario terburuk buat PAS Selangor. Politik di Malaysia ini menjadi rosak kerana adanya pemimpin-pemimpin politik seperti Khalid Samad diberikan amanah sebagai pemimpin sedangkan beliau tidak layak samasekali menjadi pemimpin. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...