Khamis, 22 Disember 2011

ESUK PENENTUAN BUAT KHIR TOYO SAMADA BERSALAH ATAU TIDAK.

 

PENENTUAN BUAT KHIR TOYO.
BERSALAH ATAU TIDAK.

Begitu jahat dan teramat durjana fitnah yang dilemparkan kepada Khir Toyo. Akibat fitnah tersebut yang diburukkan dengan sifat menikam rakan seperjuangan dari belakang, Khir Toyo dipertuduhkan dengan tuduhan rasuah yakni "memperolehi suatu barangan berharga untuk dirinya dan isterinya dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi" Itulah intipati pertuduhan terhadap Khir Toyo.  Untuk pembacaan dan ulasan mantap mengenai perbicaraan Khir Toyo sila ke pautan ini MYKMU.

Malangnya fitnah jahat itu tidak terhenti apabila Khir Toyo di bawa ke muka pengadilan. Masyarakat masih dimomokkan dengan fitnah persepsi jahat 'Pemimpin UMNO kuat rasuah'. Begitulah juga yang menimpa kepada kak Ijat, Isa Samad, Rahim Thamby Chik dan ramai lagi. 

Jika masyarakat masih menerima nilai fitnah itu sebagai kebenaran maka masyarakat akan hidup mempercayai fitnah. Ketahuliah bahawa fitnah membawa keburukan dan kemudaratan. Ambillah iktibar dari kisah Mahsuri, si Kitol, Laksamana Hang Tuah dan Hang Nadim.

Natijahnya, masyarakat akan sentiasa terbelenggu dan merasa takut dengan 'cakap-cakap orang'. Ramailah yang akan dizalimi dan teraniaya. Ramailah orang yang jahat akan terlepas dari hukuman dan menjadi pemimpin negara, na'uzubillahi-min-zalik dan ini mengundang bencana.

Esuk, mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan kepada keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang telah melalui proses pembuktian yang ketat. 

Keputusan mahkamah itulah bakal menjadi kayu ukur kepada kebenaran dan bukannya fitnah jahat mengikut perspektif Pakatan Haram jadah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...