Rabu, 2 November 2011

TONY 'PERVERT' PUA 'DAP SHALL MAKE CIVIL SERVANT JOBLESS'

WHO'S THE BOSS NOW? Tony Pua telah berjanji kepada pengundi Cina untuk mengamalkan CINATOKRASI secara kekerasaan dan paksaan apabila DAP berjaya menjadi Kerajaan Pusat. Ini merupakan berita gembira buat pegawai dan kakitangan kerajaan yang selama ini menyangjung tinggi dan membenci UMNO/ BARISAN NASIONAL. Kemungkinan besar MTUC juga turut terhibur dengan tawaran separuh gaji duduk di rumah nanti.Inilah tekad DAP kepada semua kakitangan dan pegawai kerajaan. Diharapkan mereka bergembira dengan janji-janji DAP tersebut. Berikut adalah petikan terjemahan Sinchew Daily - petikan akhbar di atas. Silalah bergembira kerana jika DAP berjaya menjadi kerajaan Pusat kita bangsa MELAYU dan INDIA bolehlah mengemis kepada DAP.

Sinchew Daily News m/s 9
 November 2011 (Selasa)

Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,  sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
MYMASSA menulis:-
Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Mereka mengurangkan jawatan terutamanya di GLC negeri dengan menamatkan pekerja-pekerja kontrak atau memecatnya. Kononnya untuk mengurangkan kos operasi. Dalam masa yang sama, mereka tambah jawatan-jawatan lantikan politik (melantik ahli DAP, PKR dan PAS) yang lebih tinggi grednya. Silap mata mudah untuk menipu rakyat. Mahukah anda perkara ni berlaku kepada diri anda atau keluarga anda? Hilang mata percarian dek sikap tamak DAP yang menggunakan dasar Kerajaan untuk meraih undi kaum tertentu. *MyMassa melihat janji yang ditaburkan oleh DAP kepada masyarakat Cina ini sesuatu yang berbaur perkauman. DAP memainkan sentimen orang Cina yang marah dengan kakitangan Kerajaan dengan berjanji seperti ini.
Apakah pilihan anda? Mahu menjadi pengemis dalam masa 10 tahun lagi? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apabila kita kufur nikmat, perkara seperti ini tidak mustahil akan berlaku. bukan kata kakitangan yang sedang berkhidmat sahaja yang menerima akibatnya bahkan pesara yang sediada mungkin dikurangkan jumlah pencen mereka. apabila melayu mudah lupa maka kita tunggu sahaja balasan
Allah SWT....barang dijauhkanNYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...