Rabu, 16 November 2011

LYNAS - TEMBERANG FUZIAH THORON YANG MERUGIKAN RAKYAT.


FUZIAH THORON & LYNAS. Buat pertama kali Hamba menulis mengenai isu Lynas. Ianya mengambil masa agak panjang untuk memahami semua aspek mengenainya. Selepas ini akan timbullah pelbagai fitnah mengatakan Hamba di bayar itu dan ini untuk isu Lynas, sebenarnya Hamba melakukannya kerana memikirkan kebatilan dan pembohongan Fuziah Thoron dan Pornokeparat sudah melampaui batas. Segala Pendustaan dan Pembohongan Fuziah Thoron sudah sampai ke peringkat di mana WAJIB DITENTANG KERAS.

Apa yang Fuziah Thoron lakukan sekarang amat merugikan rakyat Pahang di masa hadapan. Pelaburan Lynas pada masa jangka pendek dan jangka panjang amat menguntungkan rakyat Pahang dan ekonomi makro Pahang. Keberadaan Lynas mampu membawa rakyat Pahang dan negeri Pahang menerajui industri pembuatan barangan berasaskan kepada logam nadir bumi. Logam nadir bumi banyak kegunaannya terutama di dalam industri Tenaga Alternatif, Indistri Teknologi Nano dan Industri Teknologi Tinggi. Kesemua jenis industri ini mampu menaiktaraf ekonomi rakyat Pahang dan memberikan pulangan ekonomi tinggi kepada negeri Pahang. 

Dalam tempoh 20 -50 tahun akan datang kemahiran, kepakaran dan keilmuan mengenai industri nadir bumi bakal menjadi milik rakyat Pahang. Rakyat Pahang berpeluang menjadi Pemain Utama dalam Industri Nadir Bumi yang begitu ekslusif dan istimewa. Ini bakal menjadikan Pahang melonjak ke hadapan berubah secara drastik kepada negeri berpendapatan tinggi menyaingi Selangor. 

Sebenarnya kerajaan negeri Pahang di bawah pimpinan Datuk Seri Adnan (Tok Nan) sudah menyiapkan Pelan Pembangunan yang membawa perpindahan Teknologi Pembuatan berasaskan Nadir Bumi. Kilang pemerosesan nadir bumi Lynas di Gebeng merupakan batu asas kepada perpindahan teknologi tersebut. 

Apabila teknologi pemerosesan bahan logam nadir bumi dikuasai sepenuhnya oleh rakyat Pahang mereka akan menjadi pemain utama dan usahawan terpenting dalam penerokaan industri nadir bumi. Bayangkan apabila Pahang mampu mengeluarkan pelbagai jenis barangan berteknologi tinggi berasaskan logam nadir bumi. Negara sudah tentu tidak lagi banyak bergantung kepada pengimpotan bahan mentah nadir bumi apabila Pahang sendiri mampu membekalkan bahan tersebut pada jadar 30%-40% keperluan domestik pada harga rendah. Ini membawa natijah harga barangan siap berasaskan kepada logam nadir bumi menjadi murah. sebarang lebihan pengeluaran pula bakal di ekspot keluar negara dan ini menambahkan lagi hasil kepada negeri Pahang.

Pentadbiran Tok Nan bukanlah pentadbiran yang tolol seperti Fuziah Thoron. Selama ini pentadbiran Tok Nan dikatakan tidak pandai dalam ekonomi kerana Tok Nan hanya berkelulusan dalam bidang pendidikan. Tok Nan ini cepat belajar serba serbi. Kalau setakat teknologi tinggi ini Tok Nan lebih pandai daripada kita semua. Cuma Tok Nan ini jenis tidak menunjuk dan riya. Pentadbiran Tok Nan berjaya membuktikan bahawa amalan perbelanjaan berhemah sudah lama diamalkan olehnya.

Matlamat-matlamat di atas sebenarnya menjadi sasaran Fuzaih Thoron kerana kebodohan melampau dirinya sendiri yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Wanita Pertama di Pahang (pemimpin Pornokeparat Pahang lain semuanya pondan belaka).Di mana-mana sahaja Pakatan Haramjadah bermatlamat mahu membawa negara ini, rakyat negara ini dan ekonomi negara ini ke dalam poket masing-masing. Ini kerana mereka memikirkan bahawa mereka berhak ke atas semua aset, harta dan kekayaan negara memandangkan mereka menggunakan nama "Rakyat" bagi kesepakatan haramjadah mereka. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...