LIM KIT SIANG BAPA TRAGEDI 13 MEI 1969.
Lim Kit Siang dan DAP memang layak diberikan pengiktirafan sebagai BAPA TRAGEDI 13HB MEI 1969. DAP dan LKS serta seluruh kepimpinan DAP tidak pernah samasekali memperjuangkan kesaksamaan hak samarata sebaliknya memanipulasikannya untuk memperjuangkan dominasi cauvinis rasis mereka. Ini amat jelas terlihat pada kata-kata rasis yang dipertuturkan oleh LKS pada 11hb dan 12hb. Mei 1969. Konflik antara pemimpin politik Melayu diperalatkan oleh DAP untuk mencapai maksud iltizam politik DAP yakni menjadikan Malaysia sebuah Negara Berpecah Belah. Sifat pemarah dan tergesa-gesa anak-anak muda Melayu turut diperalatkan oleh DAP sebagai 'Senjata Ampuh' memusnahkan kuasa politik, sosial, ekonomi dan pendidikan Melayu. Bahkan, DAP bukan saja menjadikan Melayu sebagai sasaran mereka tetapi juga etnik-etnik lain. Bukan rahsia lagi DAP berselindung di sebalik slogan Kredibiliti, Akauntabiliti dan Transparensi untuk melemparkan persepsi buruk kepada UMNO dan memalukan MCA serta MIC. Di dalam PEMBULAK RAKYAT (PR) DAP menjadikan PKR dan PAS sebagai perisai politiknya. Sifat bacol DAP ini sebenarnya mahu membunuh PKR dan PAS bersekali dengan UMNO. Apabila ini berlaku, maka tinggallah DAP sebagai sebuah parti politik berdominasikan cauvinis bersifat ultra-kiasu total. Tiada pemerintahan sosialisma di dunia ini bersifat adil saksama pun. Malah ianya menyebabkan sesebuah negara itu terjun ke dalam sebuah kancah kemusnahan total. Berbeza dengan aspirasi dan iltizam UMNO yang mahukan BARISAN NASIONAL menjadi PAYUNG ADIL SAKSAMA kepada semua kaum, bersikap sederhana dalam semua aspek dan menghormati antara satu sama lain. 1MALAYSIA bukanlah setakat hanya sebuah slogan tetapi ianya adalah sebuah Tindakan Berani menghapuskan semua unsur-unsur ekstrim perkauman yang bersifat cauvinistik dan ultra kiasu sepertimana diperjuangkan oleh DAP di dalam PEMBULAK RAKYAT (PR). Malaysia hanya boleh diselamatkan melalui perjuangan di atas landasan kesederhanaan dan bukannya di atas politik ekstrim melampau sepertimana PEMBULAK RAKYAT perjuangkan.
1MALAYSIA membawa kepada penyatuan semua kaum di dalam bidang sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan menghormati hak kebebasan mengamalkan agama mengikut kerangka Perlembagaan Malaysia. Ini adalah Model Politik yang sesuai dengan iklim politik Malaysia.
Sebaliknya, PEMBULAK RAKYAT (PR) mahu Malaysia ini dipecahkan dan diperintahkan berdasarkan kepada perpecahan iltizam politik DAP, PKR dan PAS tanpa ada sebarang penyatuan di peringkat rakyat bawahan.
Apakah bakal terjadi apabila ada negeri-negeri di perintah mengikut 3 acuan iltizam politik yang jauh berbeza tanpa ada sedikit pun persefahaman di antara mereka?
Mahukah anda Kelantan Kedah di perintah oleh PAS yang ekstrim dalam ISLAM mengikut acuan Sosialisma Islam (bertentangan dengan ISLAM TULIN), Selangor pula diperintah oleh PKR mengikut telunjuk DAP dan Pulau Pinang terus dicengkam oleh pemerintahan kuku besi Sosialisma DAP? Mintak dijauhkan.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
1 ulasan:
Lim kIt siang memang sial! kita hidup aman damai lagi mau cetus krisis perkauman ! 1 Malaysia Peace..halau saja dari Malaysia kalau tak nak tarik balik kenyataan ini..Malaysia aman damai..amin!
Catat Ulasan