Isnin, 14 November 2011

JEMU & BOSAN TUL PASAL BEREBUT DUIT ANTARA BLOGER.

DUIT & BLOGER. Aiseh, Hamba ingat masing-masing dah setel tapi nampaknya masih hangat lagi. Macam-macam benda keluar. Terkini bacalah KULAAN NIRING dengan THE FLYING KICK. Di pihak masing-masing mula berlumba-lumba untuk menceritakan kisah memasing. Siapakah Yang Benar Dan Siapakah Yang Lebih Benar pada pendapat Hamba langsung bukan menjadi isu dan persoalan, Dengarlah nasihat Hamba ini yang bukan sesiapa pun di hati sesiapa pun di muka bumi ini (sebab Hamba jenis tak kejar duit, harta, pangkat, glamer dan macam-macam benda lagi termasuklah pompuan) Kita ini semua bersaudara. Kulit sama kaler (walaupun ada yang agak-agak cerah dan yang agak-agak kelam) semuanya pada kad pengenalan dan pada Sijil Kelahiran tertulis ada 'BIN' dan 'BINTI'. Pada ruangan bangsa semuanya tertulis MELAYU pada ruangan agama tertulis ISLAM, tempat kelahiran, tarikh kelahiran dan bangsa bini je berbesa-beza (ya la ada yang dapat jodoh dengan selain Melayu macam Hamba ini -Mak Mertua Cina Melayu) Walaupun berasal dari berlainan negeri-negeri dan bersultan  negeri-negeri lain selain daripada itu APAKAH PERBEZAAN KITA SEMUA (BLOGER) SELAIN DARIPADA PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI:-
  1. BANGSA SAMA
  2. KETURUNAN SAMA
  3. BAHASA SAMA
  4. AGAMA SAMA
  5. PARTI POLITIK SAMA
TAKKANLAH DISEBABKAN BERADA DI DALAM KELOMPOK BERBEZA-BEZA MAKA PERSAMAAN DAN KESAMAAN YANG DI ATAS HENDAK DILUPAKAN BEGITU SAJA? YEA TAK? 

SEPATUTNYA SETIAP KELEBIHAN YANG ADA PADA KITA DIGUNAKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN KEKURANGAN YANG ADA PADA PIHAK LAIN.

MANAKALA KEKURANGAN YANG ADA PADA PIHAK LAIN JANGAN DIPERHINAKAN, DIPERLEKEHKAN DAN JADIKAN BAHAN GELAK KETAWA, EJEKAN DAN CEMUHAN SERTA DI PANDANG HINA. 

HAMBA MENYERU SEMUA PIHAK BERDAMAI DAN KALAU BOLEH BERKONGSI-KONGSILAH SEGALA PENDAPATAN YANG DIPEROLEHI ANTARA SATU SAMA LAIN.SEBAB KALAU BUKAN KERJASAMA ORANG LAIN SATU ISU PUN KITA TAK MAMPU HENDAK LETUPKAN DI MANA SAJA. JANGAN MASA DIPERLUKAN BARULAH TERINGAT KAT KAWAN-KAWAN, MASA DAPAT DUIT, NOMBOR TALIPON KAWAN-KAWAN PUN MENJADI LUPA. 

TAK BERI KEPADA HAMBA PUN TAK APALAH SEBAB SIAPALAH HAMBA INI KAN. BENTUK FIZIKAL PUN KURANG MENARIK PAKAI KERETA PUN CIKAI AJER. SEKALI PANDANG MACAM BADUT DUA KALI PANDANG NAMPAK MENGARUT. CUMA JANGAN MENILAI PADA PANDANGAN MATA ZAHIR KERANA APA YANG TAK NAMPAK BELUM TENTU TIDAK ADA PADA HAMBA. 

CUMA JANGANLAH DI AMBIL KESEMPATAN KE ATAS 'KESETIAAN' DAN 'KEBAIKAN' YANG ADA PADA DIRI HAMBA INI. 

HAMBA JUGA MEMPERINGATI BAHAWA LUPAKAN SAHAJA SEMANGAT KENEGERIAN ITU. BUANG JAUH-JAUH ASSOBIYYAH KENEGERIAN. TAK KEMANA HENDAK DI BAWA SEMANGAT KENEGERIAN ITU. DALAM KUBUR MUNKAR & NANGKIR TAK TANYA LU DATANG DARI NEGERI MANA DAN DARI KELOMPOK MANA. SEMUA SOALAN SAMA. 

KITA INI KALAU HENDAK KAWAN-KAWAN SETIA KEPADA KITA..... KITA PERLULAH JUGA TUNJUKKAN KESETIAAN KITA KEPADA KAWAN KITA. JANGAN BERKAWAN HANYA SETAKAT DI MULUT TAPI TAK SAMPAI KE HATI. JANGAN PERALATKAN KAWAN-KAWAN UNTUK SEBERKAS NOTA WARNA UNGU CAP GAMBAR YANG DIPERTUAN AGONG DENGAN TANDATANGAN GABENUR BANK NEGARA MALAYSIA. TAK KEMANA ITU SEMUA. TAK KAYA MANA PUN. 

AKHIR SEKALI, DUIT BOLEH DI CARI TAPI KAWAN SEJATI BUKAN BOLEH DI BELI. PERJUANGAN BUKAN DI NILAI BERAPA PENDAPATAN DIPEROLEHI. INGAT, ESUK BILA MATI SOALAN KUBUR SEMUA TIDAK ADA BEZA SAMASEKALI.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


3 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

ya betul tu bro... tapi secara Jujur aku sokong Flying Kick coz kami semua tahu siapa yang makan siapa yang dapat dan siapa yang sapu....

RM300 Ribu tu yang terkini....

apa pun perjuangan tetap diteruskan.

Jas Salleh berkata...

Luahan hati wa saja bro ....
Wa dah naik rimas pasal duit.
Semuanya kan dapat (kecuali hamba sbb tak berapa nak pedulikan sangat pasal duit nie- kalau ada adalah kalau takde takpelah)
TERUSKAN BERJUANG.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH JAS!!! TERUSKAN PERJUANGAN ANDA... KAMI SEMUA SOKONG DARI BELAKANG... YANG SALAH DIPERBETULKAN..YANG BETUL DI TEGAKKAN!@ BRAVO!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...