Isnin, 28 November 2011

JAWAPAN DS NAJIB KEPADA CITA-CITA AZMIN HENDAK PECAH PENJARA .





KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kenyataan pembangkang yang mahu memecahkan penjara sekiranya pemimpin mereka dipenjarakan hanyalah kenyataan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Negara kita ada undang-undang. Siapa boleh pecah penjara?" katanya pada sidang media selepas merasmikan forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali pada Jumaat lepas, bahawa parti itu akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, bagi membebaskan Ketua Pembangkang itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata semua pihak termasuk pembangkang tertakluk kepada undang-undang negara ini.

"Kita ada undang-undang, kita mesti hormati undang-undang. Kalau tak hormati undang-undang jadi huru-haralah negara kita," katanya.

Perbicaraan kes liwat Anwar kini berada pada peringkat akhir dan Mahkamah Tinggi dijadual mendengar penggulungan akhir hujah pembelaan pada 8 dan 9 Dis ini - BERNAMA

Pepuak tentera Dajal Almasikh (PKR) mana reti mematuhi perundangan negera pun? Selagi BARISAN NASIONAL berkuasa selagi itulah PKR mempercayai bahawa perundangan negara sejak dulu lagi di gubal untuk menindas mereka (walaupun PKR tidak pernah diharamkan hatta banyak melakukan pembohongan serta pendustaan selama ini) 

Tahukah anda bahawa THE JAKARTA POST telah membuka banyak rahsia mengenai Blieztkrieg yang dirancangkan oleh PKR melalui mulut Azmin Ali sendiri? 

Tahukah anda bahawa Azmin Ali mengakui bahawa beliau sudah terpilih oleh Anwar IBrahim untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ?

Bakal menyusul selepas ini artikel berkenaan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ko berani melanggar undang2 negara ni wahai si pengkhianat, akan ku tangkap dan sumbat ko dlm penjara dan mampos lah ko. Ibu ko sendiri pun dah tak mahu mengaku ko anak!! Bastard!!!!

Tanpa Nama berkata...

iNi negara ada undang undang lorh.mreka x ada hak mau roboh kan tmbuk pnjara..x ada otK kah..jgn tlalu ikut perasaan lah.kasi fkr lah ..kita ad adat dan budaya..iukah budaya kamu? Tlalu taksub sangat lh mreka bagai hilang akal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...