Isnin, 28 November 2011

BLIEZTKRIEG ANWAR IBARAT ANGIN KENTUT SAHAJA NAMUN MERBAHAYA.

BLIEZTKRIEG ANWAR IBRAHIM. Perkara ini mula ditimbulkan oleh rakan bloger Gelagat Anwar kalau hamba tidak silap kemudian mula di petik oleh bloger Mymassa dan rakan bloger lain. Terkini bloger Pas Beruk pula membangkitkannya. Apakah sebenarnya Blieztkrieg Anwar yang di sebut-sebutkan itu? Bunyinya menggerunkan tapi adakah ianya benar-benar menggerunkan? 

Dikatakan Anwar Ibrahim melalui PKR dan kempen Ganyang Malaysia akan menyerang BARISAN NASIONAL secara bertubi-tubi tanpa henti. Segala amunisi dan isu-isu telah dipersiapkan oleh jentera IKD Anwar Ibrahim, Ini termasuklah serangan bantuan daripada media asing terutama penyokong Anwar Ibrahim di Indonesia. Ngo-ngo pro Pakatan Haramjadah akan turut serta di dalam taktik ini. 

Taktik ini dikatakan mengambil taktik NAZI Jerman pada masa Perang Dunia Kedua. Taktik Blieztkrieg ini hanya efektif apabila NAZI Jerman menyerang Eropah pada awal perang dunia kedua disebabkan oleh sikap negara-negara Eropah yang enggan menyertai peperangan lagi setelah tamat perang dunia pertama. Namun apabila tektik ini digunakan unutk menyerang Rusia ternyata ianya amat mudah dipatahkan oleh Rusia kerana faktor alam semulajadi serta taktik gerila lyang tidak terduga.

Salah satu kelemahan ketara dalam taktik Blieztkrieg NAZI Jerman ialah kekangan masa, tenaga dan perbekalan serta ruang terbuka luas di belakang barisan serangan. Apabila ianya diaplikasikan kepada pertempuaran maya dan taktik dalam pilihanraya kelemahannya semakin ketara. Tidak perlu disebutkan di sini kerana ianya adalah Rahsia Terbesar mengalahkan Blieztkrieg. 

Dalam mana-mana peperangan pun samada zahir ataupun maya peraturan paling utama ialah Berlaku Sekejam-kejamnya kepada pihak musuh/lawan Tanpa Belas Kasihan. Tidak ramai bala tentera dan jeneral yang mempunyai sifat tersebut. 

Blieztkrieg menjadi efektif apabila pihak yang disasarkan bersikap terlalu lemah lembut dan mengikut peraturan dengan mengharapkan ianya mampu memenangi hati-hati pengundi / pemilih berdaftar. Serangan balas yang mengucar-ngacirkan barisan sokongan kepada barisan hadapan Blieztkrieg merupakan taktik yang mampu menjadikan Blieztkrieg sebagai angin kentut sahaja. 

TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...