BANI JAWI BERKUMPUL ESUK. Insya Allahu Ta'ala esuk berkumpullah bani Jawi sebelah sini berpekan selama lima hari berturut-turut. Kepada semua perwakilan Bani Jawi mintak kerjasama sangatlah agar tidak menjadikan pekan di hujung jalan sinun sebagai tempat ziarah waktu malam. Buat malu kaum je. Mohon jugalah agar perwakilan bani Jawi yang ada jangan lah tunjuk sangat kenderaan-kenderaan mewah. Kalau boleh berjalan kaki jugalah ke tempat berkumpul. Mohon kerjasama juga agar tingkahlaku. adab sopan dan kelaku sebagai perwaiklan bani Jawi di jaga dan di pelihara sepanjang masa. Mohon juga kerjasama agar segala yang berwarna merah jambu jangan tunjuk gedik sangat, Malu kaum nanti. Kepada perwakilan yang sudah berumur pula jangan asik hendak berkenyit-kenyit mata dengan si merah jambu. Malu kat bini di rumah. Mohon jugalah agar semasa bermesyuarah dibangkitkan perkara-perkara yang bernas dan manafaat untuk masa depan bani Jawi. Berkumpullah molek-molek. Berbincanglah molek-molek. Jagalah adab kelaku molek-molek. Berhati-hatilah dengan musuh-musuh yang mengintai-ngintai. SELAMAT BERKUMPUL WAHAI BANI JAWI !
TEPUK DADA TANYA IMAN!
2 ulasan:
Jommmm...rama2 pi pwtc..
Hehehehe siapalah hamba ini hendak berkampun berpekan dengan orang-rang hebat dalam Bani Jawi :)
Catat Ulasan