Ahad, 27 November 2011

DS NAJIB KATA PAKATAN HARAMJADAH SERANG PERIBADI. BARU TAU KE?

DS Najib kesali dengan serangan peribadi yang dilontarkan kepada nya dan anak perempuannya. Namun sejak dulu lagi itulah Politik Kotor yang diamalkan oleh Pakatan Haramjadah.
PAKATAN HARAMJADAH SERANG PERIBADI BILA POLISI GAGAL DI SERANG. Demikianlah tajuk entri yang terkini di blog Tun Faisal Pengerusi UMB. Hai DS Najib takkan baru tahu bahawa itulah tektik Pakatan Haramjadah selama ini? Kalau tidak mahu Pakatan Hareamjadah menyerang peribadi maka perelokanlah peribadi itu, Apabila keduanya Polisi dan Peribadi menjadi elok dan tiada cacat cela yang ketara, maka apalagi yang Pakatan Haramjadah boleh serang? Ciri-ciri pemimpin dinilai bukan sahaja kepada dasar dan polisi yang diamalkan tetapi juga kepada keperibadiannya, ahli keluarganya dan para jejuaknya serta pegawai-pegawai khasnya. Jadikan ianya suatu kelayakan yakni berdasarkan kepada empat sifat utama siddiq, fatonah, tabligh dan amanah pada pemikiran, pengucapan, penglihatan, pendengaran dan tingkahlaku. Barulah tiada ruang yang besar bagi Pakatan Haramjadah unutk membuat sebarang serangan. Oleh kerana entri tersebut begitu menarik dan penuh informasi di sini hamba petikkan seluruhnya bagi faedah bersama. Baca dengan teliti dan fahami betul-betul.

Agenda bumiputera dan serangan peribadi


ORANG Melayu, terutama di bandar kini tidak lagi melihat UMNO sebagai parti yang mampu mempertahankan dan mempertingkatkan kepentingan mereka di negara ini. Apakah pandangan Datuk Seri mengenai perkembangan ini?

NAJIB: (Sikap) Ini disebabkan teori (Hierarchy of Needs Abraham Maslow) Maslow.

Sebab kita (kerajaan BN) sudah berjaya menyelesaikan keperluan asas rakyat iaitu tuntutan asas mereka seperti perumahan, bekalan elektrik, air, jalan, sekolah dan pekerjaan. Semua sudah kita sediakan. Adanya mobiliti sosial, berlakunya ledakan maklumat, revolusi ICT, dan sebagainya sebab kita telah memodenkan negara kita.

Ini bererti bahawa sebahagian besar daripada rakyat Malaysia sudah melalui proses actualisation (realisasi). Jadi mereka sudah melepasi garis tuntutan minimum (hierarki keperluan). Jadi mereka mempunyai banyak ruang untuk melahirkan pelbagai pendapat. Kepelbagaian pendapat itu adalah satu tanda masyarakat yang semakin sofistikated dan matang.

Kita lihat dalam demokrasi maju misalnya, terdapat pelbagai pendapat dan spektrum politik yang wujud dalam negara tersebut. Saya anggap Malaysia ini tidak berlainan dari negara lain dalam perjalanan kita kepada sebuah negara maju. Kita akan lihat perbezaan pendapat sebagai satu kelaziman. Tetapi hakikatnya orang mesti sedar bahawa kejayaan selama ini adalah hasil perjuangan UMNO, bukan orang lain.

Saya bukan kata bahawa mereka wajib berasa terhutang budi kepada kita sebab ramai yang tidak senang hati jika saya cakap sedemikian.

Apa yang saya hendak kata bahawa selain daripada rekod kerja yang baik dan jasa kita yang tidak ternilai ialah perancangan kita untuk masa depan. Apa yang boleh kita janjikan bukan sahaja pada ahli UMNO tapi rakyat Malaysia adalah jaminan bahawa kita, seperti dulu, mampu melaksanakan dan tunaikan janji kita kepada rakyat.

Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa bahawa kerajaan atau UMNO tidak melakukan secukupnya sehingga kaum Melayu masih dipinggirkan. Apa pendapat Datuk Seri?

NAJIB: Itu tidak benar. Walaupun kita dengan slogan 1Malaysia tetapi kita tidak pernah kata bahawa agenda Bumiputera itu kita sudah tiadakan. Malah ia masih lagi merupakan agenda utama (UMNO) dan sebahagian agenda nasional kita. Apa yang kita lakukan terhadap kaum-kaum lain ialah untuk melakukan apa yang perlu sebagai kerajaan yang adil dan yang berdiri atas tunggak keadilan sosial.

Umpamanya apabila kita kata kita hendak menolong orang miskin, sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dulu pun, kita cakap tentang penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum. Itu janji kita pada tahun 70-an.

Hari ini pun kita masih menolong orang miskin di kalangan bukan Bumiputera atau berpendapatan rendah. Kita tidak pernah lari daripada janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

Jadi kita jangan terkeliru atau salah faham, agenda Bumiputera kita tetap teruskan. Pagi ini pun saya telah melancarkan hala tuju baru untuk Bumiputera, iaitu Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), yang merupakan satu road map di mana beberapa inisiatif baru telah kita umumkan. Bererti kita tidak pernah ketepikan atau mencairkan perjuangan kita untuk kaum Bumiputera.

Mengenai usaha transformasi negara untuk menjadi negara maju, sejauh manakah pada pandangan Datuk Seri, orang Melayu bersedia menghadapi perubahan drastik, baik daripada segi ekonomi, politik dan sebagainya. Adakah mereka sudah bersedia?

NAJIB: Orang Melayu Bumiputera harus bersedia, tingkatkan kesediaan dan kemampuan kita untuk menghadapi dunia yang berubah pantas, sebab kalau kita tidak berubah, tetapi dunia berubah, apa akan berlaku? Kesannya kita ini akan terus terpinggir. Apakah itu kehendak kita? Sudah tentu tidak. Jadi kalau tidak, maknanya kerajaan menyediakan pelan transformasi supaya kalau kita berubah berdasarkan kepada pelan ini, maka kita tidak akan ketinggalan sebaliknya kita akan menjadi bangsa yang maju.

Datuk Seri, dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk mengangkat agenda Bumiputera, bagaimanakah kaum Melayu menjadi lebih yakin (kepada UMNO).

NAJIB: Yakin hakikatnya tidak ada alternatif berdaya maju kepada UMNO sebenarnya dari segi kepentingan Melayu dan Bumiputera. Sebab, kita lihat pergantungan kepada orang lain tidak beri kita keyakinan bahawa mereka boleh dan mampu melaksana apa yang dituntut orang Melayu dan masyarakat.

Datuk Seri katakan tadi rakyat Malaysia sudah semakin matang, termasuk dalam pertimbangan politik dan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum 2008. Apakah langkah yang diambil oleh Datuk Seri untuk memastikan kedudukan Umno dan BN akan terus kekal sebagai peneraju kerajaan?

NAJIB: Apa yang kita telah buat selama dua tahun setengah ini ialah usaha untuk menyakinkan rakyat bahawa kita ini mendengar kehendak rakyat. Ini yang saya kata sejak awal bahawa era kerajaan tahu segalanya sudah berakhir, dan kita mesti merasai denyut dan nadi rakyat.

Jadi berdasarkan itu, kita buat GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan Program Transformasi Luar Bandar. Kita teruskan agenda Bumiputera dengan strategi dan pendekatan baru. Jadi semua ini berdasarkan kepada apa yang kita buat iaitu menilai dan mendengar kehendak rakyat.

Tetapi parti juga mesti melakukan perubahan dan pembaharuan di peringkat masing-masing. Peringkat bahagian dan cawangan mesti mencerminkan satu budaya politik yang baru, iaitu kita tidak terlalu dibuai dengan urusan intra politik tetapi mesti sanggup melihat pada masyarakat luaran parti supaya mereka juga mendukung parti. Kalau zaman 70-an dan 80-an, memadai bagi kita untuk menjaga urusan parti sahaja sebab orang secara automatik akan sokong UMNO dan BN, dia tidak persoalkan.

Tetapi di zaman ini, kalau kita hendak dia sokong kita, dia akan tanya apa yang telah kita lakukan untuk dia, apa engagement kita dengan dia. Itu tidak berlaku pada zaman-zaman dahulu, itu yang saya kata zaman sudah berubah.

Kalau kita masih lagi dalam ruang lingkup pemikiran lama kita akan terkecundang seperti mana nasib berlaku pada parti-parti tua yang lain seperti LDP (Parti Liberal Demokratik di Jepun), Golkar (Indonesia) dan Congress (Indian National Congress) suatu ketika dahulu. Parti-parti ini yang berjuang untuk kemerdekaan, telah banyak berjasa.

Tetapi kalau kita tidak melakukan perubahan dan kita tidak sedar bahawa landskap politik sudah berubah, rakyat boleh menolak kita. Ini yang saya hendak katakan sebab itu mesti timbul satu kesedaran dalam diri kita bahawa tidak ada kekebalan dalam politik. Politik terdedah kepada kedinamikannya tersendiri.

Sebagai anggota parti, kita mesti menghayati perubahan landskap ini dan berani untuk membuat perubahan. Sejak Pilihan Raya Umum 2008 lagi, masa itu saya masih timbalan presiden UMNO, saya sudah katakan bahawa kalau kita tidak berubah kita akan diubah.

Dalam perasmian Konvensyen Media Sosial baru-baru ini, Datuk Seri ada menyebut ada serangan-serangan terhadap Datuk Seri daripada pembangkang contohnya isu semasa Datuk Seri mengerjakan haji dan keluarga Datuk Seri dikatakan berbelanja besar di Australia semasa Datuk Seri menghadiri sidang CHOGM (Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel). Apa pandangan Datuk Seri?

NAJIB: Salah satu penentu nasib kita dalam pilihan raya adalah faktor kepemimpinan Perdana Menteri dan Presiden (UMNO), siapa saja yang menjadi pemimpin utama. Kalau pembangkang hendak melemahkan kita, mereka anggap mereka mesti menyerang saya (sebagai pemimpin utama). Kalau tidak boleh serang dari segi dasar, mereka akan serang dari segi peribadi. Kalau tidak ada isu, mereka akan cuba spin (putar belit), kalau tidak boleh spin, mereka akan cipta kepalsuan.

Inilah yang berlaku, mereka anggap dalam politik every thing is fair (segalanya adil) termasuk benda yang tidak berlaku pun dikatakan berlaku, dan kalau berlaku pun, dia akan cuba pamerkan sesuatu itu sehingga boleh dikatakan tidak benar atau separuh benar. Umpamanya semasa saya buat tawaf (semasa mengerjakan ibadah Haji baru-baru ini), dia padamkan orang sekeliling, seolah-oleh saya mendapat keistimewaan, padahal tidak sedemikian rupa. Saya tawaf bersama orang lain.

Apabila saya pergi CHOGM (pada Oktober lepas), anak saya yang tidak berada di Australia dikatakan berbelanja besar. Jadi ini fitnah, dan ini pembunuhan karakter yang mereka lakukan sebab mereka ini sudah begitu terdesak) hendak mencapai kejayaan dan sanggup melakukan apa sahaja walaupun tidak bermoral dan tidak beretika.

Apakah harapan Datuk Seri pada para perwakilan UMNO pada perhimpunan kali ini

NAJIB: Yang paling penting ialah mereka mesti memperlihatkan imej pada pengundi luar bahawa UMNO parti yang sanggup berubah dan tahu bagaimana menilai hati nurani rakyat, akan melakukan yang terbaik untuk rakyat. Sebab kita selalu menekankan Rakyat Didahulukan. Jika kita ingat kepada dua perkataan itu, Umno akan mendapat sokongan yang lebih menyeluruh lagi.

Para pembentang dan pembahas usul dalam ucapan mereka diharap tidak menyinggung perasaan orang lain. Menggunakan bahasa dengan waras dan sedar yang mereka bukan berucap hanya untuk 3,000 perwakilan yang berada di dalam dewan, tetapi juga 28 juta rakyat Malaysia yang juga meneliti ucapan mereka.
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...