Selasa, 29 November 2011

DR NOVANDRI BOGELKAN KONGRES PKR MELALUI PENAMPAR BLOGER GELAGAT ANWAR.

I'm Going To Be The Next Ketua Umum To Replace Anwar Ibrahim. 

KONGRES PKR & CHUA JUI MENG. Hamba turut tertarik dengan artikel Dr Novandri yang membogelkan Konges PKR melalui analisa bloger Gelagat Anwar. Analisis oleh GA menampakkan kepada kita bahawa Kongres PKR di JB adalah program syok sendiri Chua Jui Meng dari kacamata DAP Johor dan PAS. Kita tahu Chua Jui Meng memang bergadoh besar dengan DAP Johor. Episod bogel membogel antara mereka berdua sudah didedahkan oleh apra bloger pro BN sebelum ini.DAP Johor dan PAS melabelkan Chua Jui Meng sebagai Pengacau di Johor. Apa nak dihairankan? PKR ialah sebuah wadah berkumpulnya segala Pengacau.Politik tanahair, Nama PKR pun boleh ditafsirkan menjadi Pengacau Kerajaan Rakyat. Jom kita baca analisa GA tersebut :-
Setakat ini, DAP dan PAS sudah mula menyatakan taktik PKR untuk ‘menyerang’ Johor dengan mengadakan Kongres di negeri tersebut tidak akan membawa parti tersebut ke mana-mana. 

DAP sendiri menyatakan bagaimana PKR sepatutnya lebih menumpukan kepada usaha mencari pemimpin yang lebih kaliber di Johor berbanding mengadakan Kongres. 

Kongres ini, pada DAP tidak membawa makna sekiranya Chua Jui Meng terus diletakkan sebagai pemimpin tertinggi PKR di Johor.

Sudah wujud pertembungan pemikiran antara Chua dan pemimpin DAP Johor. 

Walaupun daripada bangsa yang sama, Chua Jui Meng kelihatan terlalu tamak dan masih mahu mengekalkan strategu bahawa PKR mampu menjadi ‘lead’ bagi usaha menjajah Johor dengan politik Pakatan Rakyat. 

DAP Johor sudahpun menyatakan pendirian, bahawa DAP akan mempunyai lebih peluang membuat impak di Johor berbanding PKR. Ini pun tidak diterima PKR.

PAS Johor hanya pemerhati senyap. Diam. Kaku. Mereka tahu bahawa PAS tidak akan mampu membuat apa-apa kemaraan politik bermakna di Johor. Masalah PAS adalah sama seperti DAP. 

Tidak ada leadership yang sangat berpengaruh. PAS Pahang bernasib baik kerana ada Tuan Ibrahim. Tapi kalau di Johor, PAS ini kelihatan sangat tidak bermaya. 

Adalah cubaan untuk membawa politik PAS di beberapa kawasan di Johor Bharu. Inipun dengan kerjasama beberapa tenaga pengajar kolej di Johor. Beberapa kakitangan atasan J-Corp pun dikatakan sangat bersungguh untuk membantu PAS. Kita ucap selamat. Kalau berjaya. 

Baguslah.

Dalam PRU 12; PKR bertanding di 94 kawasan Parlimen (menang di 31). DAP hanya bertanding di 46 kawasan (menang 28). PAS bertanding di 67 kawasan (menang 23). 

Nampaknya, PKR masih lagi mahu menjadi lead party – sedang parti tersebutlah ‘weakest link’ di dalam Pakatan Rakyat. Apa sebabnya? Anwar. Itu sahaja. 

Jika PRU 13 dilaksanakan tanpa Anwar; apakah DAP dan PAS masih boleh memberi ruang sebanyak 94 kawasan kepada PKR? Belum tentu.

Seramai 2,534 perwakilan PKR akan berkampung di Kulai Spring Resort. Agenda utama: adalah mengatur jentera pilihanraya di seluruh Negara dalam masa yang ada. 

Khabarnya, ada satu Mesyuarat Khas yang akan diadakan bagi menyusun strategi ‘Free Anwar Campaign’ sebagai persediaan berdepan dengan realiti itu.

PKR masih lagi berangan – walaupun tanpa Anwar untuk membuat impak besar di Johor. Berdasarkan survey yang dibuat oleh DAP; populariti PKR di Johor tidakpun sampai 14 %. Ya, serendah itu. 

Berbanding DAP yang berada di takat 43 % dan PAS 37 %. Ini survey yang dibuat DAP. Bayangkan impak apa yang nak dibuat oleh PKR dengan takat populariti setakat itu.

Belum lagi survey yang dibuat tentang tahap kepimpinan Chua Jui Meng di Johor yang berada di takat terendah (4.4 %) berbanding ramai pemimpin BN, DAP dan pimpinan NGO di Johor. 

Kesian.

Anwar perlu meneliti banyak benda sebelum membuat pelabagai andaian bahawa Johor akan tumbang. Minta maaf. PKR tidak akan membuat apa-apa kejutan di Johor. Mungkin belum di PRU13…tetapi ada kemungkinan di PRU14 - Gelagat Anwar

PKR cuma boleh menipo orang yang memang suka menipu.
TEPUK DADA TANYA IMAN! 
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...