Jumaat, 28 Oktober 2011

WAJIB BACA ! RANGKAIAN AYAT AL QURAN YANG MAMPU MENGALAHKAN DAP-PKR-PAS.

Bacalah ... Memang Bagus ..Ambo Pun Setuju!

Seorang hamba Allah telah menunjukkan kepada Hamba dua buah petikan daripada 2 surah Al Baqarah dan At Taubah yang bila dibacakan bersama mengambarkan kepada kita realiti yang berlaku dalam senario politik di Malaysia. Fahami betul-betul dan jangan terlalu tergesa-gesa membacanya. Jika tidak faham bertanya kepada yang lebih 'arif. Di dalamnya juga terdapat panduan penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dan bagaimana hendak dikekalkan hubungan dengan golongan bukan Islam yang tidak menimbulkan huru-hara serta kontroversi, konflik dan kontradiksi.  Menariknya ada JANJI & JAMINAN daripada ALLAH SWT sendiri yang akan memadamkan api kemarahan orang ISLAM yang diapi-apikan oleh kelompok yang melakukan pencerobohan dan mencabuli tetapi dengan SYARAT kelompok Yang Menceroboh dan Mencabuli Wajib DiPerangi (dengan kebijaksaan dan Hikmah) Habis-habisan. Tidak ada KEBENARAN MELAINKAN DI SISI ALLAH SWT oleh itu al Quran menjadi panduan kepada kita semua. Ingatlah ini bukan seruan untuk 'berperang darah' tetapi 'berperang secara bijaksana'. Lagipun Anwar Ibrahim sudah menyeru golongannya untuk 'FIGHT HARD' Maka kita jadikan kebijaksanaan Allah SWT sebagai panduan menghadapi gerombolan Anwar Ibrahim. Bacalah dengan tartil dan tidak tergesa-gesa. Sampai-sampaikan kepada yang lain dengan pesanan yang sama. 


وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat";
padahal mereka sebenarnya tidak beriman.


2:9


Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya


.2:10


Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

2:11


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

2:12


Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ 

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

بَرَاءَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى الَّذِينَ عَاهَدتُّم مِّنَ الْمُشْرِكِينَ 
pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka).

9:2

Oleh itu hendaklah kamu (hai kaum musyrik) bergerak di muka bumi (dengan bebasnya) selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari (azab seksa) Allah. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang yang kafir (dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat)

9:3

Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

9:4

Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa

فَإِذَا انسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ ۚ فَإِن تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(NOTA PENTING: Menurut Hamba Allah tersebut, 'BUNUHLAH' ialah 'Membunuh Segala Dakyah Fitnah Hasutan Serta Jika Perlu Memenjarakan Mereka )

9:6


Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).


9:7

Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah .mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

9:8


Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik

9:9


Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.

9:10


Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang yang beriman, dan merekalah orang-orang yang menceroboh.

9:11


Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui.


9:12


Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela ugama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).


9:13


Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah, dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?

9:14


Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
(NOTA PENTING: Menurut Hamba Allah Yang Menunjukkan kepada Hamba "Perangilah" - Bermakna Kita Menentang Mereka dengan KEBIJAKSANAAN & KEKUATAN EKONOMI)


9:15


Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(NOTA PENTING: Menurut Hamba Allah Yang Menunjukkan kepada Hamba, apabila kita menentang golongan yang mencabuli itu dengan bersungguh-sungguh maka Allah SWT akan menghapuskan Kemarahan & amarah orang Beriman -ISLAM- yang diapikan oleh kelompok tersebut)
.
9:16


Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

9:18


Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.



Hamba berharap agar ramai yang akan dapat manafaatnya dan bertindak tidak melampaui batasan. Hamba mengucapkan jutaan terimakasih kepada Hamba Allah tersebut. Alhamdu-Lillahi-Robbil-'alamiin kepada Allah SWT kerana memberikan petunjuk hidayah melalui Hamba Allah tersebut. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


9 ulasan:

siti norlela berkata...

Hebaaattt!!! Merendah diri adalah yg terbaik.. tapi jangan sampai dipijak orang...

Tanpa Nama berkata...

jom pakat amalkan apa yg ditunjukkan itu bagi memerangi fitnah dan kebatilan yg sedang diagendakan sekarang. kita baca dan hembuskan ke muka puak2 munafik itu dgn hati yg ikhlas termasuk ke muka manusia yg menamakan dirinya sendiri sbg tok guru dan anugerah tuhan.....

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya ayat-ayat diatas ditujukan kepada puak-puak umno tapi mereka tidak sedar diri dan masih beranggapan mereka masih yang betul. Padahal apa yang telah dijelaskan dalam ayat tersebut semuanya untuk menyedarkan dan memberi amaran kepada orang umno agar sentiasa taat dengan perintah Allah..jangan bersifat seperti munafik sepertimana sekarang ini..

Tanpa Nama berkata...

Ayat ini utk memberi amaran kpd manusia yg bertopengkan agama seperti Pas...
mempamerkan diri seolah2 seperti org yg beriman dgn cara berpakaian...
tetapi menjual agama dan ayat2 al quran demi kepentingan politik...
mulut2 mereka penuh dgn maki hamun, fitnah, hasat dengki, menghina malah sanggup mengkafirkan org islam yg lain..
menganggap diri mereka lebih islam dari org lain..
sanggup bersekongkol dgn org kafir yg anti islam...
menolak persaudaraan sesama islam tetapi dlm masa yg sama menganggap org kafir harbi Dap seolah2 saudara rapat mereka...
Pas menaruh kepercayaan sepenuhnya tanpa berbelah bagi pada puak kafir tetapi yg sebenarnya puak kafir ini telah memperbodohkan Pas tanpa disedari...
Pas sanggup menghalalkan mengikuti apa saja kemahuan puak kafir walaupun mereka mempertikaikan dan mempersoalkan agama islam itu sendiri...
Pas bila berdepan dgn org islam, kononnya merakalah lebih islamik utk memperjuangkan islam tp bila berdepan dgn org kafir mereka tunduk tak mampu berbuat apa2 hingga sanggup gugurkan negara islam dan hudud pun tidak akan dilaksanakan dlm perjanjian PR mereka demi sahabat kafir mereka dan kerana kejarkan duniawi
Pas melacurkan agama, ayat al quran kpd puak kafir sehingga puak kafir membaca dan menterjemahkan ayat quran tonggang langgang demi kepentingan politik disambut dgn takber Pas
Pas sanggup merelakan kesucian masjid dihina oleh puak kafir sehingga menjadi tempat bersenamjoget dan tempat berpolitik oleh puak kafir dan tempat memecah belahkan sesama islam.
Pas menggunakan agama demi kepentingan politik mereka maka keluarlah fatwa allah pun mencarut, ayat quran ayat mencarut dan ayat politik, menghina rasulullah sebagai budak kampung, tidak perlu bacaan ayat quran menggunakan pembesar suara, tidak perlu sambutan maulidurrasul, buat mereka pemberian satu sedekah tp kpd org lain rasuah, halal haram, syurga neraka Pas saja yg boleh tentukan...
kalau nak diceritakan penyelewengan Pas terlalu banyak yg telah dilakukan...
Subhanallah ayat2 quran seperti diatas telah memberi kita peringatan tentang golongan manusia yg mendakwa diri mereka org yg beriman dan telah membuat kebaikan tetapi merekalah yg sebenarnya yg telah membuat kerosakan.
Memang betullah diakhir zaman nanti akan timbul golongan yg berwatakan seperti org2 yg alim dari cara berpakaian dan percakapan tetapi merekalah sebenarnya membawa kerosakan seperti yg diperingati oleh Allah melalui ayat2 quran seperti diatas.
Subhanallah

Tanpa Nama berkata...

peringatan yg benar

Tanpa Nama berkata...

kapada tanpa nama... 28 October 2011 12:50 ptg.

Your remark was well said.

Tanpa Nama berkata...

Semoga kita semua mendapat hikmah dan rahmat Allah apabila sentiasa mengamalkan dan memahami ayat ayat tersebut

Tanpa Nama berkata...

Salam semua
TEPUK DADA TANYA SELERA
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

UMNO betul..., xpernah curi duit rakyat..., xpernah fitnah orang..., xpernah penting kroni...,
selari dengan ajaran Islam..., MEMANG BERUSAHA NAK LAKSANA HUKUM HUDUD CIPTAAN ALLAH..., ya.., ya.., ya.., TAIK KUCINGMU semaremas.blogspot.com......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...