Rabu, 12 Oktober 2011

KENAPA KENAIKAN ELAUN AHLI PARLIMEN DI TOLAK?


Sebelum membicarakan lebih panjang lebar mengenainya, kita susuli dahulu rentetan isu ini. Pada pembentangan bajet 2012, DS Najib mengumumkan mengenai kelulusan usul kenaikan elaun ahli Parlimen dari RM6,500.00.00 kepada RM20,000.00. Cuma tidak pasti elaun tersebut di bayar bagi tempoh sebulan, setahun atau sepenggal. Benar, sebenarnya jumlah bayaran yang diterima oleh ahli Parlimen Malaysia merupakan suatu misteri. Tidak banyak maklumat dan fakta mengenainya didedahkan kepada umum. Adakah ahli Parlimen menerima gaji bulann tetap? Peruntukan khas lain? Bayaran-bayaran lain?
Sebelum ini anda pernah membaca mengenai sedikit pendedahan mengenainya oleh Dr Novandri. Persoalannya adakah hanya itu yang di terima oleh ahli Parlimen Malaysia yang seramai 222 orang? Jumlah 222 orang ini merupakan 0.000822 % daripada dua puluh tujuh juta orang warganegara Malaysia. Terlalu teramat kecil. Tetapi kelompok 0.000822% inilah yang menentukan segala aspek bidang kehidupan setiap kita. Fikirkanlah. Itu satu aspek.

Satu aspek lain, berdasarkan kepada pembayaran elaun RM6500 sebulan seperti berikut:-
RM 6,500 x 222 = RM 1,443,000.00 sebulan.
RM 1, 443,000.00 x 12 bulan =  RM17,316,000.00 setahun
RM17,316,000.00x 5 tahun = RM86, 580,000.00 lima tahun.
Bermakna seorang ahli parlimen Malaysia menerima jumlah besar elaun bagi tempoh 5 tahun ialah RM390,000.00.

Keluhan ahli Parlimen PKR yang di petik daripada AgendaDaily:-
Rata-rata mereka mengatakan perbelanjaan ‘defesit’ setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan dicampur lain-lain  elaun termasuk tuntutan jika parlimen bersidang, mereka perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.
Menurut maklumat di atas pendapatan seorang ahli Parlimen hanyalah RM 12,000.00 sebulan. Kita korek lagi,
Lebih malang lagi, Ahli Parlimen pembangkang PKR terpaksa dermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.“Tolak sebanyak itu, berapa yang kami dapat. Anak isteri juga perlu wang. Ini tak masuk bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat...hadiri kenduri kahwin, ziarah kematian,” ujar seorang daripada Ahli Parlimen PKR.
Menggunakan Elaun sebagai salah satu punca nafkah kepada anak isteri? Tidakkah elaun yang diberikan bagi maksud menjalankan tugas-tugas rasmi seorang ahli Parlimen untuk rakyat?  
Kita korek lagi,
“Itu duit minyak, duit tol dan perbelanjaan di sana. Kalau RM1,000 sekali balik kawasan seminggu, sebulan kena sediakan RM4,000. Itu paling sedikit,” ujar beliau.
Apakah masalah yang mereka hadapi pula kerana itu? Kita korek lagi
“Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu. Dia tanya saya, macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan...nasib baik saya ada perniagaan sendiri, jika tidak memang teruk. Perbelanjaan kami ‘defesit’ sebenarnya,” tegas beliau.
Kenapa perlukan kenaikan elaun? Kita korek lagi,
Beliau berharap kenaikan yang dicadangkan itu dapat memudahkan mereka memberi perkhkidmatan kepada rakyat dan membantu penolong penyelidik mereka dengan  tambahan elaun.
Tunggu sekejap ! Apa beliau kata? " ... memudahkan mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat dan membantu penolong penyelidik mereka dengan tambahan elaun" Memberi perkhidmatan kepada rakyat melalui Pemberian Wang? Bukan ke ini dinamakan POLITIK WANG? Kenapa perlu gunakan ELAUN untuk membayar elaun tambahan kepada Penolong Penyelidik pula?

Ok, kita tanya Anwar Ibrahim kenapa beliau menolak kenaikan elaun,
Sementara itu, Anwar ketika ditanya media Isnin mengenai kepurtusan menolak kenaikan elaun itu mendakwa, cadangan kenaikan elaun untuk ahli parlimen hanya memberi kepentingan besar kepada peruntukan elaun dan bukannya untuk menggaji kakitangan. 
Dua alasan diberikan oleh Anwar Ibrahim di atas penolakannya iaitu:-
  • Kenaikan elaun hanya memberi kepentingan besar kepada peruntukan elaun. Kepentingan besar apakah yang beliau maksudkan?
  • Bukannya untuk menggaji kakitangan. Anwar Ibrahim mengakui bahawa sebahagian elaun digunakan untuk menggaji kakitangan ahli Parlimen. 
Apakah yang anda faham mengenai kenyataan ahli Parlimen PKR dan Anwar Ibrahim tersebut?

KESIMPULAN.
  • Elaun dan segala bayaran yang di terima oleh ahli Parlimen pembangkang rupa-rupanya turut digunakan untuk kepentingan peribadi mereka sendiri dan keperluan seharian mereka bukan digunakan seratus peratus untuk rakyat.
  • Sahlah, ahli parlimen pembangkang mengamalkan POLITIK WANG.
  • Jadi tidak hairanlah kenapa Khalid Samad menerima wang Zakat untuk membiayai pendidikan dan umrah anaknya.
  • Anwar Ibrahim tidak bersetuju bukan di atas kepentingan rakyat tetapi atas kepentingan menggaji kakitangan ahli Parlimen.
Cakap Tak Serupa Bikin. 
SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS PADA PRU 13 NANTI YEA.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CUBA SELIDIK DIMANA SUMBER KEWANGAN YG BANYAK DIPEROLEH OLEH PAKATAN HARAM JADAH...

PEJUANG HAMAS...

Jas Salleh berkata...

Yup artikel ini memang hendak mencetuskan perkara itu ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...