Rabu, 12 Oktober 2011

RASIONALISASI BENCANA ALAM KAITAN DENGAN MAKANAN.



RASIONALISASI? Itu bahasa orang atasan. Bahasa orang kerdil seperti hamba ialah KEWARASAN.Berapa ramaikah yang sedar dan tahu bahawa perbekalan makanan ruji bagi rakyat Malaysia banyak bergantung kepada bekalan impot dari negara China, Thailand, Vietnam, Indonesia dan India? Bencana alam sedang berlaku di negara-negara yang disebutkan tadi. Kesannya ialah kemusnahan tanah-tanah pertanian yang menjadi sumber kepada perbekalan makanan di Malaysia. Natijahnya kepada Malaysia ialah kemerosotan bekalan makanan. Dilema yang mungkin dihadapi oleh kerajaan Malaysia ialah bagaimana mahu merasionalisasikan hakikat tersebut? Jika dimaklumkan awal rakyat Malaysia ramai yang tidak waras walaupun cerdik pada kertas.Mudah panik tidak tentu fasal. Jika tidak dimaklumkan, rakyat Malaysia tetap panik. Persoalannya ialah kewarasan apakah yang patut kerajaan dan rakyat Malaysia ambil? Jawapannya ialah bersikap waras semampu yang mungkin. Berfikir dan bertindak secara waras dan bukannya berdasarkan kepada ketidakwarasan. 

Pertama, kita kenalah akui bahawa bencana alam yang terjadi di negara-negara pembekal bakal menjejaskan perbekalan makanan negara. Jangan panik.

Kedua, kita perlulah meminta kerajaan agar menyediakan langkah-langkah memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi dalam tempoh pemulihan di negara-negara tersebut. 

Ketiga, kerajaan perlulah menyebarkan kesedaran kepada rakyat mengenai haikat tersebut. Jangan takut. Kitakan sebuah negara bangsa yang mampu menghadapi segalanya kecuali bila subsidi minyak dirasionalisasikan.

Akhir sekali janganlah sesekali percayakan apa yang pemimpin pembangkang manipulasikan Mereka cuma akan memburukkan lagi keadaan walaupun keadaan tidak seburuk hati-hati mereka.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...