Sabtu, 29 Oktober 2011

KAK WAN JIJAH KATA POLITIK MALAYSIA INI 100% MANIPULASI & MEMPERALATKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.

Pernahkah Anda Bertanya Soalan Ini?

POLITIK MALAYSIA. Sejak bilakah politik bermula di Malaysia? Sejak zaman empayar Sriwijaya? Sejak peradaban Melayu mula hidup berkelompok? Sejak ada jawatan Tok Penghulu? Sejak ada jawatan Menteri? Sejak ada jawatan Ketua Cabang? Sejak ada jawatan Ketua Bahagian? Sejak orang Melayu mula pandai bawa sepanduk beramai-ramai membantah Malayan Union? Sejak ada Melayu tubuhkan Rejimen ke 10 PKM? Sejak Pak Sako pandai menulis? Sejak KMM membantu Jepun menjajah Tanah Melayu? Sejak bila? Hamba berani simpulkan tidak akan ada mana-mana manusia mampu memberikan jawapan yang tepat dan yang salah (semua jawapan adalah betul). Justeru itu persoalan bilakah politik bermula di Malaysia TIDAK RELEVAN. Apa yang relevan ialah corak, sifat, ciri, perwatakan dan budaya politik yang diamalkan di Malaysia. Ini merupakan persoalan yang paling mustahak. 

Samalah dengan persoalan pihak manakah terlebih dahulu berusaha menghalau keluar British. Itu tidak penting tapi apa yang penting ialah siapakah yang berjaya mendapatkan kemerdekaan? Prof. Zainal Kling mendakwa kita tidak pernah di jajah melainkan hanya berada di dalam penguasaan British. Pihak komunis mendakwa sejak komunis ditubuhkan di Singapura bermulalah pergerakan menuntut kemerdekaan. Masing-masing pihak hendak menengakkan benang basah. Serupalah dengan Profesor Aziz Bari yang mendakwa Institusi Raja-raja boleh dikritik ikut suka hati sesiapa pun. 

Kembali kepada persoalan awal. Apakah corak, sifat, ciri, perwatakan dan budaya politik di Malaysia ini? Takrifan Politik bagi hamba adalah mudah yakni ada dua pihak iaitu pihak yang berkuasa dan pihak yang dikuasai. Coraknya pun mudah yakni pihak berkuasa menguasai pihak yang dikuasai. Sifatnya pun mudah yakni pihak berkuasa tetap mahu terus berkuasa. Cirinya pun mudah yakni pihak berkuasa mahu mengekalkan kekuasaan dan menambah kekuasaan. Perwatakannya pun mudah pihak berkuasa tetap pihak berkuasa dan pihak yang dikuasai tetap dikuasai. Budaya Politiknya mudah yakni pelbagai cara dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan pihak yang dikuasai terus berada di bawah penguasaan pihak berkuasa. 

Dimanakah sebenarnya kedudukan pihak yang dikuasai pula? Siapa yang mampu menjawab? Adakah jika pihak berkuasa yang sedia ada ini ditukarkan kepada pihak berkuasa lain maka pihak yang dikuasai akan bertambah baik kedudukan mereka dalam hirarki kekuasaan politik? Jawapannya ialah TIDAK. Pihak yang dikuasai masih berada di bawah pihak berkuasa. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...