Rabu, 12 Oktober 2011

HISTERIA KAK WAN JIJAH GARA-GARA PAPAGOMO & PRAPUKARI.

Aduuuhhhhh ..... depa dah buat lagiiiiiiii !!!!
Mana Mala KFC? .. tunggu apa lagiiii ..


ULANGTAYANG. Sebelum ini Prapukari melalui MIK melalui Gelagat Anwar menghebahkan mengenai suatu mesyuarat tergempar di ibupejabat PKR yang di bawah perintah lelong. 

GELAGAT ANWAR menulis:
Pagi ini, pejabat PKR di Tropicana macam dilanda ribut + tsunami + gempa bumi. Kecoh. Satu opis diarah datang awal disebabkan ada taklimat khas mengenai kaedah mengenepikan rakaman video terbaru yang dikeluarkan oleh Papa Gomo dan Parpu Kari. N Surendran dan Latheefa Koya adalah antara orang terawal yang dipanggil mengadap. Tajuk perbincangan adalah ‘damage control’ kepada apa yang sedang berlaku di laman alternatif. Namun seorang yang ternama dalam kem Anwar – menyatakan bagaimana ini akan menjadi ‘the end’ kepada perjuangan Anwar. Tidak ada lagi kredibiliti. Hancur berkecai. Berderai. Khabarnya, berdasarkan rekod diari di Pejabat – yang biasanya akan ‘synchronize’ dengan diari peribadi Anwar – mencatatkan kebenaran bahawa pada tarikh yang tersebut; Anwar memang block untuk satu lawatan ke Thailand. Kantoi?Anwar perlu mencari jalan baru bagi menafikan itu adalah dirinya.Kalau ikut kepada gerak geri – menurut kalangan pimpinan PKR yang menonton rakaman di tersebut di Subang Jaya pagi ini…memang benar; itu adalah Anwar.Gambar kata ya. Rekod diari kata ya. Kawan-kawan kata ya. Apa lagi?Surendran dan Latheefa Koya diarah berbincang untuk mencari kaedah menghentikan perkara ini.Yang lebih rosak – katanya, Kak Wan sudah mula histeria dengan video yang terbaru ini. Kacau nampaknya rumah tangga boss lama aku ni. Kacau.
 Hari ini PRAPUKARI memetik sumber Portal PERAK TODAY mengulas perkara sama, menulis:
Memandangkan pada kali pertama video seks Anwar disiarkan, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat heboh dan kecoh dan keadaan menjadi lebih teruk daripada itu apabila sebahagian lagi baki video tersebut didedahkan sehingga menampakkan kemaluan Anwar Ibrahim dan wajahnya yang lebih jelas, satu perkara yang kelihatan sangat jelas ialah, kesemua pemimpin Pakatan Rakyat membungkamkan mulut masing-masing dan enggan mengulas. Sebabnya, kalau diulas dan diberikan reaksi, pendedahan yang jauh lebih besar akan dibuat. Anwar semakin malu dan Pakatan Rakyat akan menanggung kerugian sangat besar. Kecuali beberapa buah blog yang cuba untuk memperkatakan klip video tersebut dengan tetap menyifatkannya sebagai fitnah walaupun nada mereka sangat berhati-hati.
PAPA GOMO memetik sumber WAYANG KULIT MODEN sambil melontarkan persoalan 'Pemimpin Beragama Islam atau Pemimpin Islam?' dan memetik sebuah hadis sahih, menulis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)
Seterusnya mengupas  dari sudut perpekstif hudud, menulis
Persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri. Hukumannya jika sabit kesalahan terbahagi kepada dua iaitu,bagi mereka yang telah berkahwin dengan perkahwinan yang sah, jika didapati berzina maka hukumnya ialah rejam sampai mati.Sumber hukumnya ialah firman Allah yang telah dimansuhkan bacaan tetapi diteruskan hukumnya iaitu. Dari hadits ialah sabda Nabi S.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Dari Imran b Husin, seorang perempuan dari Kabilah Jahinah datang mengadap Rasulullah S.a.w dalam keadaan mengandung akibat perbuatan zina lalu berkata, "Wahai nabi Allah, saya telah mengenai hukuman had, maka jalankanlah ke atas saya." Lalu Rasulullah S.a.w memanggil walinya sambil bersabda, "Berlaku baiklah kepadanya, apabila dia telah melahirkan anaknya, bawalah dia kepadaku." Lalu walinya melakukan apa yang diperintah. (Setelah sampai tempoh) maka diperintah supaya diperkemaskan pakaiannya kemudian diperintah supaya direjam. Kemudian Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazahnya. Berkatalah Umar r.a, "Adakah engkau telah menyembahyangkannya wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?" Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dia telah bertaubat, sekiranya dibahagikan taubatnya di kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya luas untuk mereka. Adakah kamu sendiri mendapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah dirinya kerana Allah?" Sementara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin (Ghairul Muhson) maka hukumnya disebat sebanyak 100 kali dan dibuang negeri selama setahun. Ia berdasarkan ayat AlQuran yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (Surah An-Nuur : Ayat 2)
Dan sebelum daripada ini hamba telah menerbitkan pendapat Hj Hadi mengenai jenis pendedahan sebegini ke atas pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang akan menjadi calun dalam pilihanraya adalah Tanggungjawab Agama dan Wajib didedahkan peribadi calun pilihanraya samada seorang bersifat ADIL, Tidak FASIQ dan Tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruahnya. 

Kesimpulannya, sepertimana WAYANG KULIT MODEN di perenggan akhir artikelnya, menulis:
kepada penzina terulung tersebut, anda seharusnya menjadi contoh dan teladan sebagai penzina pertama dihukum hudud rejam sampai mati di Malaysia. Inilah cara terbaik dan mulia disisi Islam untuk rakyat mengenang dirimu. mintalah dirimu dihukum di Kelantan, kerana Kelantan telahpun mempunyai enakmen hudud tersebut.
Anda tentu bersetuju dan kak Wan Jijah sendiri pun pernah menulis (Cerita Kak Wan)
CERITA KAK WAN: BAB 1: Ramai yang bertanya, ramai juga yang ingin tahu. Namun apabila memikirkan tiada keperluan bagi membicarakannya saya memilih untuk diam sahaja sebelumnya.Terfikir juga saya, sampai bilakah semuanya harus saya pendam sahaja? Indah, manis, sedih, geram,marah, kasihan, meluat dan jijik semuanya ada. Ia adalah sebahagian daripada aturan Allah kepada kami sekeluarga dan saya redha, cuma di sana ada tuntutan bagi kita sebagai  hambaNya agar sentiasa berusaha membuang segala kefasadan dan mengambil segala kebaikan. Saya adalah seorang wanita biasa yang mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Bezanya cuma, saya adalah isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim
Pada fikiran dan penilaian anda pula? Adakah anda memilih Pemimpin Beragama Islam atau Pemimpin Islam?


TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TANYA FATHER NICKY SAT "ADAKAH HUKUM HUDUD BOLIH DIJALANKAN KEPADA ANWAR". JAWAB FATHER NICKY " OH TIDAK, TIADA EMPAT SAKSI DAN KAWE TELAH BERI FATWA KENA JILAT KAKI NWAR KALU NAK MASUK SURGA DAN FATWA KAWE ITU MAHA BETUL DAN TETAP BETUL SAMPAI KIAMAT, DAN INI SEMUA PERANGKAP UMNO UNTUK MENJAHANAMKAN PAKATAN ROSAK ER PAKATAN RAKYAT"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...