Jumaat, 21 Oktober 2011

HIMPUN- NO KOMEN KATA KAK WAN JIJAH.

Celake Punya Anak Tantawi Berani Ko Laawan Ceq Nooo !!!
Hang Bikin Rusak Ceq Punya Program laaaa !!!

HIMPUN. Terkini dikhabarkan puak PAS PUSAT sudah mula mengelabah kerana Dewan Pemuda PAS Pusat bakal keluar beramai-ramai dari PAS dan menyertai terus Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Ya la kan mana boleh menahan semangat jihadis Pemuda PAS ini. Pemuda PAS hendak juga emnjuarai isu-isu melibatkan kepentingan umat Islam di Malaysia. Jika Pemuda PAS sanggup bermandikan air percuma FRU dan menerima 'urutan' baton FRU dalam perhimpunan BERSIH semata-mata mahu melihat PAS menang dalam PRU 13, sudah tentulah Pemuda PAS ingin berdemonstran bersama-sama NGO HIMPUN di dalam keadaan selesa, aman dan tenteram dalam stadium yang besar. Pada kali ini perhimpunan tersebut ada permit. HALAL. Sekali sekala Pemuda PAS ingin turut merasai bagaimana FRU dan PDRM menjaga keselamatan mereka dalam sebuah perhimpunan yang HALAL. Mana larat Pemuda PAS hendak makan benda-benda 'HARAM'. Jatuh maruah beb!. Semangat Jihadis Pemuda PAS ini berbeza dengan semangat 'Hj Hadis' yang lebih gemar benda 'HARAM' daripada 'HALAL'. Pemimpin PAS PUSAT pun pening kepala atas bawah bagaimana hendak memberikan reaksi kepada HIMPUN. Habis, senjata makan tuan. Hajat hati nak tikam UMNO malangnya Pemuda PAS ambil senjata itu nak tikam DAP. Mana boleh beb! Marahlah Pok Nik kerana Pemuda PAS sanggup menderhaka kepada Kalipah Sosialis Religus kesayangannya. Lagipun Pemuda PAS bukan seperti AMK PKR. Semangat AMK sama saja seperti semangat 'Konek'. Semangat Pemuda PAS tidak seperti itu. Bagi Pemuda PAS terutama Nasruddin Tantawi menyertai PAS didasarkan kepada perjuangan jihadis mereka. Jika PAS membelakangi hasrat dan cita-cita perjuangan jihadis Pemuda PAS, sudah tentulah Pemuda PAS akan mengamuk. Peduli apa lagi dengan sebarang baiah. Lebih baik sertai UMNO daripada menjadi menanggung malu seumur hidup. Apa gunanya lagi Pemuda PAS hendak berjuang bersama-sama dengan pemimpin PAS PUSAT jika peranan memperjuangkan TAUHID dan ISLAM kini lebih terserlah kepada UMNO. Itulah, baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda Jangan Terlalu Menghina Sesuatu Pihak Kerana Mungkin Pihak Yang DI Hina itu Lebih Baik Daripada Kamu. Kini Pemuda PAS barulah faham nasihat baginda Rasullullah s.a.w. tersebut.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...