Selasa, 25 Oktober 2011

HIMPUN: GELOMBANG YANG MEMBANGKITKAN KEMARAHAN PAS-DAP-PKR.


HIMPUN. Perkara ini diulangi oleh hamba kerana membabitkan soal nilai dap-pkr-pas kepada permasalahan akidah. Makna akidah dari segi bahasa Arab bermaksud 'Pengikatan'. Kata dasarnya adalah 'aqad'. Ianya merujuk kepada rukun iman dan rukun Islam terangkum di dalam Tauhid yakni mengEsakan hanya Allah SWT sebagai Tuhan. Kupasan kepada rukun Iman dan rukun Islam memanglah terlalu panjang dan hanya yang ahli saja mampu mengupasnya. Cukuplah setakat itu saja dulu kerana dalam tajuk ini yang hendak dianalisa ialah mengenai reaksi / maklum balas dap-pkr-pas terhadap matlamat dan tujuan HIMPUN diadakan.

Kita semua maklum bahawa reaksi/maklum balas dap-pkr-pas kepada HIMPUN adalah majoriti mereka menentangnya. Alasan yang mereka pergunakan ialah kerana HIMPUN tidak membabitkan parti-parti politik. Tidak menghairankan kerana bagi PAS soal AKIDAH tidak termasuk dalam politik tetapi soal ISLAM adalah POLITIK. Anda perlu mengetahui apakah TAUHID, apakah ISLAM dan apakah POLITIK untuk memahami apa yang hamba cuba sampaikan dalam ayat sebelum ini. 

Tanpa AKIDAH tidak akan ada ISLAM tetapi POLITIK tetap ada. Cuma apakah pilihan anda? Bagi memudahkan di tulis seperti berikut:
  1. Politik tanpa  AKIDAH dan ISLAM.
  2. Politik  yang berdasarkan kepada ISLAM tanpa AKIDAH
  3. Politik yang berdasarkan kepada AKIDAH tanpa ISLAM
  4. Politik berdasarkan kepada AKIDAH dan ISLAM
  5. AKIDAH sahaja. 
Berdasarkan kepada maklum balas kepada HIMPUN kita melihat sekelompok besar PAS memilih Politik ISLAM tanpa AKIDAH. Ini tidak bermakna hamba menuduh mereka kafir atau sebagainya. Di dalam POLITIK kepimpinan PAS menolak AKIDAH dan mengambil ISLAM. Justeru itu apakah ISLAM mampu tertegak tanpa AKIDAH? DAP juga mampu berpolitik secara ISLAM tapi tanpa AKIDAH. Ibaratnya memakai serban dan berjubah tapi tidak melakukan rukun Islam dan rukun Iman. Dek kerana itulah DAP sanggup mempertikaikan mengenai hukum hakam MURTAD. Dalam hal pendirian PKR, kita sudah amat maklum maklum mereka lebih suka berjenaka dan menepuk gendang dalam soal-soal agama. PAS (termasuk saf pemimpinnya, ahlinya dan penyokongnya) berpolitik kerana ISLAM tetapi bukan kerana AKIDAH. 

Persoalan seterusnya buat kepimpinan PAS, ahli PAS dan penyokong mereka (hanya yang menentang dan membantah HIMPUN) ialah bagaimana HUDUD mampu ditegakkan jika dalam soal mempertahankan AKIDAH pendirian PAS ialah tidak mahu memberikan sokongan? Sedangkan HUDUD hanya mampu terlaksana dan ditegakkan dalam keadaan AKIDAH dipertahankan. Mampukah mereka menjawabnya atau mereka hanya akan melalak kemarahan?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...