Sabtu, 8 Oktober 2011

ANTARA DUA BAJET (SIRI 2) SIAPA PEMERINTAH ADIL SAKSAMA.

NUO ! .. FOKUS..FOKUS..FOKUS..
JIB! ... BAB ..BAB ..BAB..
BAB SEKS CHINDOLL




















Berdasarkan kedua teks ucapan kedua bajet berikut ringkasan mengenainya

Bajet Pakatan Tipo Rakyat.
Kesejahteraan Untuk Semua
64 Perenggan.
1. Mukaddimah
2. Bab 1: Maqassid (Maksud-maksud) Belanjawan Mengangkat Keperluan Rakyat
3. Bab 2: Kesejahteraan Untuk Semua Melalui Pembelaan Rakyat Terbanyak
4. Bab 3: Mengembalikan Martabat Rakyat.
5. Bab 4: Menjamin Kelangsungan Kewangan Negara.
6. Bab 5: Membina Keanjalan dan Daya Saing Ekonomi
7. Bab 6: Kesejahteraan Sekata dan Seadilnya.
8. Bab 7: Mengukuhkan Reformasi Rakyat.
9. Penutup.

Bajet Barisan Nasional
Dasar Transformasi Nasional: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
126 Perenggan.
1. Mukaddimah
2. Peruntukan Bajet 2012
3. Fokus Bajet 2012
4. Fokus Pertama: Meligat Pelaburan.
5. Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi.
6. Fokus Ketiga: Program Transformasi Luar Bandar.
7. Fokus Keempat: Memperkejap Perkhidmatan Awam.
8. Fokus Kelima: Meredakan Inflasi dan Mengimarah Kehidupan Rakyat.
9. Penutup.

Analiasa, Pemerhatian dan Kesimpulan.
Pertama, kedua-dua teks ucapan terbahagi kepada sembilan bahagian. Menarik bukan? Sudah tentulah Bajet 2012 Barisan di buat terlebih dahulu daripada Bajet Pakatan. Oleh itu SIAPA CIPLAK SIAPA sebenarnya?.

Kedua, Bajet Pakatan 'Kesejahteraan Untuk Semua' manakala Bajet Barisan ' Dasar Transformasi Nasional: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara'. Teliti penggunaan istilah antara keduanya. Nampak sangat Bajet Pakatan yang meniru Bajet Barisan. 

Ketiga, Bajet Pakatan menggunakan bab-bab. Bab itu bab ini. Bajet Barisan menggunakan FOKUS. Semakin jelas, Bajet Pakatan hanya sebuah HIKAYAT (hanya buku cerita dan dongengan menggunakan BAB) manakala Bajet Barisan adalah REALITI kerana FOKUS. Bajet Pakatan TIDAK FOKUS tetapi Bajet Barisan adalah FOKUS. Menunjukkan komitmen Barisan melaksanakan semuanya dalam Bajet. Manakala Pakatan tidak komited melainkan hanya bercerita sahaja. 

Kesimpulannya, analisa perbandingan penggunaan istilah 'BAB' dengan 'FOKUS' sudah mencukupi untuk anda memerhatikan bahawa Bajet Pakatan bersifat HIKAYAT (Tidak Realistik tiada Komitmen hanya RETORIK) manakala Bajet Barisan bersifat FOKUS (Pragmatik, Realistik dan ada Komitmen Tinggi). 

Oleh kerana, BAHASA adalah penzahiran SIFAT, AKAL, PERWATAKAN dan KOMITMEN ringkasnya apa yang ada dalam HATI dan AKAL dizahirkan dalam BAHASA. Lihatlah sendiri bagaimana jenis BAHASA yang Pakatan Tipo Rakyat gunakan dengan BAHASA yang digunakan oleh Barisan. Pada fikiran anda SIAPAKAH PEMERINTAH ADIL SAKSAMA sebenarnya? 

INGAT!... PEMERINTAH ADIL SAKSAMA tidak BERBAHASA HIKAYAT tetapi BERBAHASA KOMITMEN. 

Jadi SELAMAT MENOLAK PAKATAN TIPO RAKYAT PADA PRU 13 NANTI. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...