Nuo .. Udah-udah lah tu .. bertobatlah .. |
Eleh .. ko jeles Jib ... aku punya pasal lah! |
Hamba akan dedikasikan hari ini dan hari esuk untuk melakarkan di sini mengenai perbandingan ANTARA DUA BAJET SIAPA PEMERINTAH ADIL SAKSAMA. Kupasan dan perincian kedua-dua bajet Pakatan Tipo Rakyat dengan Barisan Nasional, Bajet Pakat dengan Bajet Barisan.Ini juga bakal menjadi saluran maklumat kepada rakyat seluruhnya Ringkas, Padat dan Pendek.
Ringkasan.
Bajet Pakatan dikeluarkan tiga hari sebelum Bajet Barisan.
Nama Bajet.
1. Bajet Pakatan namnya Kesejahteraan Untuk Semua.
2. Bajet Barisan namanya Dasar Transformasi Negara: Membela Rakyat Mensejahtera Negara.
Jumlah Bajet.
1. Bajet Pakatan bernilai RM 220 billion. (Duit yang tiada pada Pakatan sebab bukan Kerajaan Pusat)
2. Bajet Barisan bernilai RM 232.8 billion.(Duit yang ada pada Barisan sebab Kerajaan Pusat)
Roh Semangat Bajet.
مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ الْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Ayat berwarna merah adalah ayat yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim dalam teks ucapan Bajet Pakatan. Hanya sebahagian ayat sahaja disebutkan bukan sepenuhnya. Di sini tampak sebahagian ayat sahaja digunakan manakala selebihnya tidak. Berlaku penyelewengan makna ayat dan asbabul ayat yang disengajakan, Lihat petikan yang berkaitan dalam teks ucapan Anwar Ibrahim di bawah:-
11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”
Kesimpulannya, Roh Semangat Bajet Pakatan pun sudah menyeleweng. Ayat 7 Surah Al Hasyr berkenaan dengan pembahagian Harta Rampasan Perang dan tiada kena mengena dengan angka-angka pendapatan isi rumah, Jauh tersasar.
2. Bajet Barisan berdasarkan kepada ayat 3 dan 4 suroh al Quraisy (petikan ayat-ayat penuh)
فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَٰذَا الْبَيْت
الَّذِي أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَآمَنَهُم مِّنْ
خَوْفٍ
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,(3) Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.(4)Ini lagi REALISTIK . Sememangnya Surah Al Quraisy menceritakan mengenai rezeki itu di tangan Allah SWT dan oleh itu tuntutan ke atas manusia ialah melaksanakannya di atas nama Allah SWT. Inilah yang disebutkan sebagai PEMERINTAH ADIL SAKSAMA. Ayatnya pun dipetik sepenuhnya tidak separuh-separuh. Lihat tek ucapan Bajet DS Najib di bawah ini.
Tuan Yang di-Pertua,Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4:“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”1. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.
Kesimpulanya, Bajet Barisan mengambil dan melaksanakan Roh Semangat yang di sebut sebagai PEMERINTAH ADIL SAKSAMA mengakui bahawa segala nikmat itu datangnya daripada Allah SWT dan wajarlah dibahagikan sepertimana suruhan NYA. Ini mernagkumi segala aspek bagi perhubungan antara Allah SWT dengan pemerintah dengan rakyat. Tidak terputus.Di atas Roh Semangat inilah Bajet 2012 Barisan dilaksanakan.2. Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Ia hasil ikatan antara Kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik dan pelaksanaan berkesan. Inilah limpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjak merdeka. Kerajaan yang bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena’kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat dan kesejahteraan negara
Sendiri fikir dan perbandingkanlah. Antara MIMPI dengan REALITI. Bacalah sendiri kemudian jangan menipu diri sendiri. Sudah dibentangkan di sini untuk tatapan semua. Selamat Menolak Pakatan Tipo Rakyat pada PRU 13 dan PRN nanti.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan