Pada malam ini setelah menyaksikan ucapan DS Najib mengenai impian dan rencana transformasi politik Malaysia, difikirkan adalah perlu diperbincangkan di sini. Tindakan berani DS Najib membuat perubahan-perubahan besar tanpa adanya perubahan besar sikap segelintir rakyat Malaysia memang patut di puji.
Antara lain DS Najib percaya dan menyakini bahawa pemansuhan ISA, Perkara 49, pindaan kepada seksyen 27 Akta Polis, pemansuhan lesen tahunan kepada suratkhabar dan kajian semula kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Kediaman Terhad termasuk beberapa akta lain akan menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman.
Kita tidak tahu apakah bentuk perundangan yang bakal menggantikan akta-akta keselamatan tersebut yang di gubal bagi memastikan kebebasan bersuara dan berhimpun tidak disalahgunakan oleh anasir-anasir subversif serta provakator dan keganasan terancang.
Akta Kediaman Terhad yang berkuatkuasa ketika ini adalah cara pencegahan ke atas penjenayah-penjenayah terancang tegar. Nampaknya pihak PDRM dan semua pasukan keselamatan dalam negeri selepas ini bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih besar.
Manakala badan kehakiman negara pula terpaksa bekerja lebih keras bagi memastikan penyalahgunaan hak-hak kebebasan asasi terkawal. Namun kita mengetahui bahawa terdapat terlalu banyak kelemahan dalam sistem badan kehakiman mahupun dalam badan penguatkuasaan di dalam negara ini.
Perkara ini pula di tambah dengan keletihan yang berpanjangan di pihak Peguam Negara Malaysia yang nampaknya lebih selesa mendakwa kes-kes yang senang dan mudah. Tanpa sebarang transformasi kepada platfom-platfom yang sedia ada, polisi transformasi yang diimpikan oleh DS Najib hanya bakal menjadi lesen-lesen besar kepada anasir-anasir subversif untuk bergerak lebih cergas di bawah perlindungan baru perundangan negara.
Ini bukanlah kali pertama penasihat-penasihat dan kumpulan pemikir kerajaan Barisan Nasional menyebelahi idealisma-idealisma yang membahayakan kepada kerangka Perlembagaan Malaysia. Mungkin kerana mereka terlalu lama berada di dalam zon selesa dan kemewahan mereka seringkali terlupa bahawa setiap nasihat yang diberikan membawa impak yang besar kepada rakyat jelata dan bukannya hanya berkisar kepada samada jawatan yang mereka pegang.
Kebajikan dan keselamatan rakyat sepatutnya lebih diutamakan daripada menjaga kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan apa akan terjadi kepada rakyat jelata jika keadaan menjadi tidak terkawal. Rakyat jelata masih lagi terikat dengan penilaian kulit daripada isi.
5 ulasan:
nampaknya inilah implementasi dari inspirasi pak lah yg rupamnya masih releven di putrajaya...halijujah ds najib...
Atas nama Program Transformasi Politik (PTP), akhirnya najib yang ‘kontang idea’ itu terpaksa menjilat terima dan laksana satu persatu cadangan hasrat rakyat dalam BUKU JINGGA PR! ............ sebenarnya perubahan politik 'BERSIH' tentu lebih bermakna jika rakyat terus menolak hipokrasi UMNO/BN dengan mendokong PR dalam PRU13 ni.......
Nak harapkan HIPOKRASI PAKATAN?
Tak perlu lah rasanya
lebih elok BN lagi.
tidka hipokrit tapi tetap konsisten
Undang-undang baru dibawah perintah mahkamah sekarang. Kalau mahkamah tidak benarkan berhimpun maka tidak bolehlah berhimpun. Polis hanya menjalankan tugas atas perintah mahkamah jika ada yang melanggar perintah mahkamah.
Mahkamah hanya menafsirkan perundangan dan bukan menguatkuasakannya
Catat Ulasan