Isnin, 26 September 2011

JANGAN TERTIPU DENGAN ISU HUDUD. ADA TUNTUTAN LAIN.


Tolong sampaikan kepada bro Najib bahawa pada hari Rabu ini, ada satu perangkap besar buat BN. Kali ini Pakatan Pro komunis akan bakal pasang perangkap dalam isu kuasa-kuasa otonomi negeri-negeri yang mereka idamkan selama ini. Tekanan susulan dan momentum bakal di buat melalui BERSIH 3.0. Senario politik negara sudah berubah. Kini orang-orang politik akan mempelajari kaedah Political Bargaining. Hari ini akan dibongkarkan niat jahat DAP.Penjelasan lanjut akan diberikan dalam artikel-artikel susulan. 

Ini adalah permulaan bagi fasa-fasa strategi politik DAP yang telah dicaturkan oleh pihak di luar negara. DAP lebih cerdik berbanding PAS dan PKR. 

Dalam kerangka Perlembagaan kuasa-kuasa otonomi negeri-negeri terikat kepada Jadual Kesembilan dan beberapa peruntukan khas. Ringkasnya negeri-negeri dalam Persekutuan mempunyai kuasa terhad dalam kewangan, kutipan hasil, pembahagian hasil, perundangan, pilihanraya dan pasukan keselamatan.

Dijangkakan 6 tuntutan di atas akan dilakukan oleh pihak Pakatan Pro Komunis kepada kerajaan BN. Kepada sibertruper BN terutama kepada Gerombolan Yang Tak Bertuan sila ambil perhatian.Sila kaji dan selidik Jadual Kesembilan. Hambe akan berikan petua-petuanya sedikit sebanyak. Kita cuma ada tiga hari sahaja untuk menumbangkan strategi politik pakatan pro komunis yang paling jahat ini sebelum PRU 13.

Hambe menyeru isu Hudud ini ditarik hand brake dan menumpukan kepada maksud tersembunyi di belakang isu Hudud ini. Sebarang kejayaan Pakatan pro komunis akan melemahkan lagi kuasa-kuasa kerajaan Pusat. 

Ada maksud lebih besar daripada isu hudud ini. Pakatan Pro komunis tidak akan melepaskan negeri-negeri yang mereka tadbir dan kuasai dalam PRU 12. 

Bagi maksud itu mereka memerlukan lebih banyak kuasa-kuasa otonomi dibebaskan agar kerajaan Persekutuan tidak dapat mengawal mereka melalui ikatan kerangka Persekutuan sedia ada.

PERSEKUTUAN DALAM BAHAYA!

BERINGAT SEBELUM KENA
CEGAH SEBELUM PARAH

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...