Genderang perang pakatan pro komunis sudah dibunyikan. Bermula dari semboyan butang panik Hudud Pok Nik sehinggalah kepada sahutan cabaran keluar pakatan dan meletak jawatan daripada biaDAP. Segalanya untuk tujuan apa? Ianya bertujuan untuk berdrama meraih simpati pengundi dan memulihkan keyakinan pengundi bahawa kesepakatan mereka adalah utoh, solidariti mereka kuat dan mampu mengharungi segala macam dugaan. Di samping mencalar imej UMNO sedikit sebanyak dan mencabar MCA dan Gerakan untuk menggoncang sedikit Barisan Nasional. Amaran palsu oleh Guan Eng si pembohong tegar mengugut perletakan jawatan secara beramai-ramai oleh kepimpinan tertinggi pusat DAP adalah adegan dramatik. Ini semua sebuah drama yang dramatik! DAP berlakun menerima baik Hudud dan memasukkannya di dalam Agenda Buku Jingga. Anwar Ibrahim di lihat sebagai penyelamat. Ataupun ini semua adalah sandiwara antara Anwar Ibrahim dengan Pok Nik? Di akhir episod itu UMNO/BN akan dipersalahkan dan bakal ada tuntutan baru dikemukakan oleh mereka untuk mengoncang kerangka Perlembagaan Malaysia!
TEPUK DADA TANYA IMAN!
1 ulasan:
SEMENJAK AWAL PUN HAMBA DAH KATA PADA HUJUNGNYA MEREKA AKAN MAUFAKAT DIBAWAH MEJA. GITULAH CARA MEREKA. SEBAB MEREKA SEBENARNYA CUMA NAK CARI UNDI JER. MEREKA TAK RASA MEREKA AKAN KENA SEBENARNYA BUAT PUN. MELAINKAN MERUSAKKAH IMAGE BN SAHAJA.
Catat Ulasan