Dr Brian McDonald mengatakan bahawa TIDAK MUSTAHIL sperma boleh bertahan selama lebih 113 jam di dalam rektum walaupun beliau tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaraya bahawa sperma boleh bertahan selama 100 jam dalam rektum berdasarkan kepada tiga jurnal perubatan unutk dijadikan rujukan kerana amat jarang berlaku.
Maknanya Dr Brian McDonald berpendapat ianya TIDAK MUSTAHIL dan mengakui bahawa ianya boleh berlaku. Jawapan Dr McDonald tersebut sudah mencukupi untuk menamatkan sebarang keraguan munasabah bahawa sperma mampu bertahan selama lebih 113 jam di dalam rektum.
Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.
Yusof: Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?
McDonald: Saya bersetuju.
Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.
Bukan mustahil
Yusof juga sebelum itu merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.
Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA mendapati perkara tersebut adalah mustahil dan enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.
Beliau yang disoal peguam bela Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan berkenaan amat jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikan rujukan.
Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut bukan mustahil.
Suasana juga tegang seketika apabila Yusof cuba memaksa pakar Australia itu supaya bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan termasuk menyuruhnya membuat andaian ia rujukan sahih.
"Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.
Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof.
"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim.
Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia.
Malah peguambela mendakwa sampel berkenaan tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku pencemaran.
Bagaimanapun laporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran.
sumber: mediapermatangpauh.
3 ulasan:
akhirnya Allah akan tunjukan kepada kita kebenaran wahai anuar bersedialah untuk menghadapi balasan Allah.
Allah menjaga bahan bukti dari tubuh kamu sendiri nuar selepas berkali2 kamu mempermainkan-Nya. Ingat Allah itu Adil utk semua... bukankah kamu sendiri yg bersolat hajat minta ditunjukkan kebenaran?
Sama-sama kita doakan agar keputusan perbicaraan ini akan berpihak kepada yang benar.
Catat Ulasan