Ramai yang sedang terpinga-pinga melihat gelagat-gelagat segelintir mahasiswa/i. Ramai juga bekas-bekas pemimpin persatuan-persatuan mahasiswa/i IPTA yang kini memegang jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan dan di pihak pembangkang.
Masing-masing membawa ideologi dan kepentingan masing-masing. Yb Saifuddin BN/UMNO , Ahli Parlimen Temerloh dan sesetengah pegawai khas terlibat secara langsung mendekati golongan dan kelompk mahasiswa/i tidak ketinggalan juga seperti Dr. Asri dan beberapa pemimpin politik pihak pembangkang.
Golongan mahasiswa/i di IPTA, yang berada di Great Britain, Amerika Syarikat dan Asia Tengah menjadi rebutan parti-parti politik di Malaysia. Masing-masing mencari pengaruh di kalangan mahasiswa/i. Golongan mahasiswa/i hanya mewakili peratusan kecil golongan muda.
Golongan mahasiswa/i ini menjadi berpengaruh bukan kerana mereka mempunyai pengaruh tetapi mereka didekati oleh golongan yang berpengaruh. Ianya sebuah mitos yang indah. Mahasiswa/i DINAMO MASADEPAN.
Hambe tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan mahasiswa/i semasa menuntut di sebuah IPTA namun hambe masih mampu bangkit dan bersuara. Golongan ini dijadikan percaturan kerana ianya dicaturkan. Jika ianya tidak dicaturkan maka golongan itu tidak menjadi percaturan.
Ini samalah terjadi kepada kaum India sebelum 2008 di mana golongan ini dicaturkan oleh pihak tertentu sehingga menjadi perhatian. Apabila peranan mereka sudah tamat, mereka dipinggirkan oleh pihak yang mencaturkan mereka.
Hambe bercerita mengenai mahasiswa/i kerana hambe melihat suatu keadaan di masa depan di mana golongan ini BAKAL DIELITKAN. Bilamana ini berlaku, akan terjadilah suatu suasana di mana golongan muda mudi yang tidak berkesempatan menjadi AHLI KELAB ELITIS BARU bakal dipinggirkan dan disisihkan.
Jurang perbezaan sosio-politik akan menjadi runcing dalam tempoh 20 tahun mendatang. Kelompok yang terpinggir nanti akan bangkit secara tiba-tiba. Bilamana ini berlaku, akan timbullah Pemberontakan Sosial Kelas Bawahan.
Sila ke pautan ini untuk mendapat maklumat mengenai SEJARAH GERAKAN MAHASISWA/I di Malaysia POLITIK KAMPUS
Kepada mereka yang terasa pedas dan sakit hati membaca artikel ini, hambe beri jaminan kepada mereka bahawa jangan dilupakan kepada segelintir kelompok yang pernah mendirikan sebuah 'Universiti Terbuka' di sebuah bandar di Kuala Lumpur.
Tunggulah juga bakal wujud sebuah pergerakan di sebuah IPTA yang bakal menguggat kesemua retorik dan persatuan mahasiswa/i yang ada pada masakini.
3 ulasan:
Masaalahnya ia sedang tersepit dalam gerakan rebutan kuasa yang rakus dirakuskan. Maka ia tetap tidak boleh dialpakan. Tinggal lagi janganlah sampai terperasan. Perhatian terhadap apa yang berlaku itu sesungguhnya telah pernah diberi perhatian secara yang tersendiri oleh YAB PM semenjak zaman YAB Tun Abdul Razak lagi. Sayangnya ia terputus/ tergalang dengan kemunculan kemunculan pihak pihak yang licik melicikkan cara. Mashaallah.
Yup betul bro CLJ !
Politikus dan pemahaman ISLAM yang bagaimana hendak kelompok-kelompok tertentu modelkan?
jangan jadikan mereka MODEL POLITIKUS PENYAMBUNG LEGASI dah ler
http://klxpress.blogspot.com/2011/09/what-is-so-special-about-namewee.html why must give first class attention to him...???
Catat Ulasan