BERAPA RAMAIKAH YANG TERKORBAN DI MUNCUNG SENAPANG KOMUNIS ANTARA TEMPOH MASA 14 HARI DALAM TAHUN 1945 (ANTARA JEPUN MENYERAH KALAH DAN PENUBUHAN BMA), 1948-1960 (DARURAT) DAN 1968-1989. PERCUMAKAH PERJUANGAN KOMUNIS? RAKYAT PADA MASA ITU BARU SAHAJA MENDERITA SELAMA 3 TAHUN 10 BULAN DI BAWAH PENJAJAHAN TENTERA JEPUN.
8hb Disember 1940, PKM menjadi Talibarut British menentang Jepun melalui MPAJA / BINTANG TIGA. Pada tarikh itu PKM menandatangani Perjanjian dengan British untuk mendapatkan latihan kententeraan dan bekalan senjata daripada British yang kemudiannya digunakan semula oleh PKM terhadap British pada masa darurat 1948-1960 dan terhadap Kerajaan Malaysia selepasa merdeka sehinggalah ke tahun 1989.
JOM KITA KIRA berapa NYAWA RAKYAT terkorban di atas nama PERJUANGAN PEMBEBASAN RAKYAT ANTI BRITISH -Kempen PKM pada tahun 1948-1960, Siapa Pembunuh Rakyat dan siapa Pembela Rakyat (1945-1989) :-
14 HARI (1945)
Selama 14 hari Bintang Tiga (MPAJA) atau PKM berkuasa sementara di Tanah Melayu sebelum BMA ditubuhkan. Pada masa ini jumlah sebenar orang Melayu Cina dan India yang dijadikan korban dendam PKM tidak terkira banyaknya. Hanya melalui sejarah Kiai Salleh di Johor dapat kita gambaran betapa dalam tempoh 14 hari Bintang Tiga /PKM mengganas dan ramai yang terkorban di muncung senapang komunis yang mahu menguasai Tanah Melayu dan mendirikan sebuah negara Komunis sebelum British tiba.
Kekejaman 14 hari Bintang Tiga/ PKM di sekat oleh kebangkitan Kiai Salleh dan bberapa lagi pemimpin-pemimpin setempat Melayu di seluruh Tanah Melayu pada masa itu. Bintang Tiga / PKM telah gagal dalam misinya untuk menguasai Tanah Melayu bagi mendesak British menyerahkan pemerintahan Tanah Melayu kepada mereka kerana perjuangan orang Melayu menentang keras Bintang Tiga/PKM terutama Kiai Salleh Johor.
1948-1960
Apabila British kembali dan menubuhkan BMA, Bintang Tiga/PKM yang tewas di tangan panglima-panglima dan pendekar-pendekar Melayu setempat pada 1945, menyerahkan senjata dan membiarkan British berkuasa kembali. Ini berdasarkan kepada Perjanjian yang telah di buat oleh mereka pada 8hb Disember 1940 dengan pihak British.
Pembentukan Malayan Union 1946 di sokong kuat oleh PKM dan Melayu berhaluan kiri (PKMM). Apabila ianya di tentang hebat oleh orang Melayu di bawah panji-panji UMNO dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 serta penolakan Deraf Perlembagaan Rakyat pada 1947-1948 PUTERA-AMCJA (dipengaruhi oleh unsur-unsur komunisma dan nasionalis sosialis) yang membawa kepada Hartal pada 1947. Ini juga suatu isu yang bakal diperbincangkan dengan jelas. Adakah benar PUTERA-AMCJA dan Hartal pada 1947 merupakan gerakan bersepadu pertama ke arah kemerdekaan atau hanya merupakan perjuangan untuk memperjuangkan kerakyatan kaum lain.
Antara 1948-1957 , selepas kegagalan PKM menyusup dan memperalatkan PKMM dan PUTERA -AMCJA menentang PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948. akibat penolakan British dan Raja-raja Melayu ke atas Deraf Perlembagaan Rakyat (1946 -1947) yang mirip kepada Malayan Union 1946 serta berunsurkan komunisma & sosialisma, PKM telah mengangkat senjata terhadap pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Unit Rejimen ke 10 PKM dianggotai oleh bekas PKMM yang radikal dan yang gagal menzahirkan aspirasi REPUBLIK KESATUAN INDONESIA RAYA. Akibat penentangan bersenjata oleh PKM pada 1948, seramai lebih 3,000 orang awam terkorban. PKM meneruskan tektik kekerasan memaksa orang awam menyertai mereka.
Ini disebabkan mereka yakin kerjasama yang terjalin sebelumnya pada tahun-tahun 1946-1947, antara Malayan Democratic Union, PUTERA-AMCJA dan MIC mereka mampu meraih sokongan besar rakyat. Ternyata mereka tersilap besar kerana sebahagian besar orang Melayu menentang keras fahaman komunisma akibat kekejaman Bintang Tiga selama 14 hari.
Ini disebabkan mereka yakin kerjasama yang terjalin sebelumnya pada tahun-tahun 1946-1947, antara Malayan Democratic Union, PUTERA-AMCJA dan MIC mereka mampu meraih sokongan besar rakyat. Ternyata mereka tersilap besar kerana sebahagian besar orang Melayu menentang keras fahaman komunisma akibat kekejaman Bintang Tiga selama 14 hari.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengikut acuan UMNO dan Raja-raja Melayu serta dipersetujui oleh British menyebabkan kegagalan PUTERA-AMCJA (yang dimanipulasikan oleh PKM) dan deraf Perlembagaan Rakyat 1947 menjadi tidak relevan dalam perjuangan mencapai kemerdekaan,
Tempoh masa dari September 1945, 1946, 1947 sehinggalah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Januari 1948 sebenarnya amat menarik untuk diperbincangkan dan kenapa perjuangan PUTERA-AMCJA , PKM , MDU & MIC antara tempoh 1946-1947 yang menderafkan Perlembagaan Rakyat sebagai bantahan terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan UMNO bukanlah perjuangan kemerdekaan yang hakiki.
Tempoh masa dari September 1945, 1946, 1947 sehinggalah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Januari 1948 sebenarnya amat menarik untuk diperbincangkan dan kenapa perjuangan PUTERA-AMCJA , PKM , MDU & MIC antara tempoh 1946-1947 yang menderafkan Perlembagaan Rakyat sebagai bantahan terhadap Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan UMNO bukanlah perjuangan kemerdekaan yang hakiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan