Sabtu, 27 Ogos 2011

PENAMPOR JEPUN HADIAH AIDILFITRI UNTUK MAT SABU DARIPADA GEROMBOLAN BLOGER PULAU PINANG. DUSYUM!

Sungguh menyayat hati kisah pendedahan ini yang umpama sebiji penampar Jepun kedua pipi gebu Mat Sabu. Pendedahan yang dilakukan oleh gerombolan bloger Pulau Pinang dikepalai oleh Dr Novandri di sambut oleh bloger MPP dan Empayar Pemuda serta Pisau. Ikutilah kisah pendedahan tersebut di mana Mat Sabu mengalami sindrom mutasi DNA.

Pendedahan tersebut berkisar mengenai kecurigaan ke atas pembayaran bil perubatan bagi kos rawatan Mat Sabu di KPJ Specialist Selangor Hospital. Mat Sabu menerima rawatan akibat  jatuh motorsikal terlanggar 'makhluk asing' semasa percubaannya melarikan diri daripada kepungan pihak Polis. Kejadian berlaku pada 9hb Julai 2011 semasa perhimpunan haram BERSIH 2.0. Pihak mahkamah telahpun mengeluarkan Perintah Larangan ke atas Mat Sabu. Mahkamah melalui Perintah Larangan telah menyatakan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebuah perhimpunan haram yang bersifat menyalahi perundangan negara.

Kesimpulannya Mat Sabu mengalami kecederaan semasa menyertai aktiviti yang menyalahi undang-undang negara. 

Adakah beliau layak menerima reimbursement  kos rawatan perubatan bagi rawatan kecederaan yang dialaminya dalam penyertaan aktiviti menyalahi undang-undang daripada PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG (PBAPP) mengikut terma-terma kontrak sebagai seorang Ahli Pengarah PBAPP?

Mengikut klausa 26.4 (Pengecualian ) Faedah Perubatan Perjanjian Kolektif PBAPP menyatakan seperti berikut : "Sebarang perbelanjaan yang bersangkitan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan Pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya"

Mari kita mengkaji fakta-fakta yang ada:-

Mat Sabu ialah Pengarah PBAPP yang terma jawatannya berdasarkan kepada Kontrak.

Mat Sabu sertai Perhimpunan BERSIH 2.0 malah merupakan salah seorang penggeraknya.

Mat Sabu adalah salah seorang yang menerima Perintah Larangan mahkamah yang menyebutkan BERSIH 2.0 adalah sebuah perhimpunan Haram yakni difahamkan adalah sebuah aktiviti haram.

Mat Sabu alami cedera pada 9hb Julai 2011 semasa menyertai BERSIH 2.0 (aktiviti haram atau merbahaya)

Mat Sabu dimasukkan ke dalam hospital berkenaan pada 15hb Julai jam 9:28 pagi untuk menerima rawatan ke atas kecederaan yang dialaminya semasa menyertai aktiviti haram (BERSIH 2.0)

Mat Sabu telah discaj pada 18hb Julai 2011 jam 11.02 pagi.

Mat Sabu menginap di wad V.V.V.I.P / V.I.P katil bernombor 520.

Mat Sabu bayar secara tunai bil rawatan resit nombor 11172859


Mat Sabu terima cek daripada PBAPP untuk pembayaran kos rawatannya di KPJ Specialist Hospital.


Baca selanjutnya untuk dokumen-dokumen penting di pautan-pautan ini:-


Untuk Bil KPJ, Resit Pembayaran:-
http://novandri.blogspot.com/2011/08/eksklusif-bukti-dokumen-penyelewengan.html


Untuk Memo kelulusan pembayaran bil KPJ oleh PBAPP kepada Mat Sabu dan Cek berkenaan:-
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/08/eksklusif-bukti-dokumen-lim-guan-eng.html


Apakah kesimpulan waras yang boleh kita simpulkan mengenai isu ini? Hambe sependapat dengan bloger Pulau Pinang yang menyimpulkan bahawa:-


TERDAPATNYA KECURIGAAN BERAT DAN MUNASABAH BAHAWA ADANYA KEMUNGKINAN MUNASABAH BERLAKU PENYELEWENGAN WANG RAKYAT DALAM ISU PEMBAYARAN KOS MEDIKAL MAT SABU BERDASARKAN KEPADA MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN FAKTA-FAKTA YANG TELAH DIDEDAHKAN. 


NAH HAMBEK KO GUAN ENG DAN MAT SABU SERTA PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT, JAWAB JANGAN TAK JAWAB. TOLONG JANGAN BERI JAWAPAN BAHAWA MAT SABU BUKAN 'PEKERJA' KERANA JAWATAN BELIAU ADALAH 'PENGARAH BERKONTRAK' PBAPP. 


ATAU JAWAPAN MENGATAKAN BAHAWA MAT SABU DILINDUNGI DI BAWAH SATU POLISI INSURANS KHAS.


ATAU JAWAPAN BODOH .... 'KAMI NAK SAMAN!'


KAMI HANYA MEMBERIKAN 'KOMEN ADIL SAKSAMA' MENGENAI ISU INI.


TABEK HORMAT KEPADA GEROMBOLAN BLOGER PULAU PINANG!


JAWAB YA GUAN ENG DAN MAT SABU ... KAMI TAKNAK PBAPP YANG TOLONG JAWAB. INI MELIBATKAN DANA AWAM DAN DUIT RAKYAT SERTA POLISI C.A.T. (AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...