Ahad, 14 Ogos 2011

PENDEDAHAN BLOGER MYMASSA MENGENAI DUMC.



JAM 9.00 PAGI tadi , bloger mymassa telah mendedahkan beberapa fakta menarik mengenai DUMC. Antara fakta-fakta yang didedahkan ialah DUMC sebuah gereja sel [Pusat Komuniti mengikut tafsiran Sosialis Religus] yang dijadikan platfom oleh DAP untuk melakukan kegiatan-kegiatan missionari aktif bertujuan untuk mengubah pandangan politik orang Melayu dari UMNO kepada DAP Sosialisma dan akidah orang Melayu dari Islam ke Kristian Metodis yang berpegang kepada Doktrin Gospel Sosialis / Teologi Pembebasan [Liberation Theology]. DUMC diketuai oleh Rev, Daniel Ho didaftarkan pada 23 Mei 2007 dan merupakan bekas tapak kilang yang telah di ambil oleh 5 orang penganut kristian Protestan aliran Metodis Evengelikal Sosialis Religus. Diubah suai menjaid sebuah GEREJA SEL/ PUSAT KOMUNITI.

DUMC sejak penubuhannya tidak pernah menjadi sebuah gereja rasmi sebaliknya memainkan perana yag jauh berbeza dengan sebuah fungsi asal dan tradisi gereja. DUMC ialah sebuah pusat yang dinamakan sebagai Gereja Sel. Gereja Sel ialah sebuah bentuk Pusat Komuniti bagi penganut krisitian yang mengamalkan doktrin Gospel Sosialis dan Teologi Pembebasan. 

DUMC ialah ahli kepada NECF (National Evangelical Christian Fellowship) yang memperjuangkan idealisma Sosialis Religus. Sosialis Religus membawa doktrin Gospel Sosialis dan Teologi Pembebasan. Kelompok penganut Kristian yang membawanya adalah dari kelompok Protestan kumpulan Metodis yang bersifat Evangelikal.

Fungsi sebuah Gereja Sel ialah melakukan kerja-kerja amal missionari, kerja-kerja kemasyarakatan dan tempat berkumpul anggota masyarakat kristian yang aktif :-

1. Sebagai platfom penyebaran doktrin Gospel Sosialis / Teologi Pembebasan
2. Sebagai platfom kegiatan politik Sosialis Religus menyebarkan dan mengubah pandangan politik non sosialis kepada sosialis. 

Antara pemimpin-pemimpin DAP yang sering berkunjung ke DUMC / Dream Center ialah Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Hannah Yeoh. Pada 7hb Ogos, pemimpin-pemimpin tersebut telah kelihatan menghadiri SUNDAY MASS yang diadakan di DUMC.

Berdasarkan kepada pendedahan fakta oleh bloger mymassa adalah jelas kenapa pemimpn-pemimpin DAP berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun hati mereka sudah terkabar dan kepanasan dengan pendedahan-pendedahan oleh bloger pro UMNO/ BN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...