Selasa, 9 Ogos 2011

PAS PUSAT & MB YANG BENGONG WAJIB PATUH KEPADA JAIS DAN BUKAN SEBALIKNYA.

PAS PUSAT & MB SELANGOR YANG PALING BENGONG WAJIB PATUH KEPADA JAIS kerana JAIS MEWAKILI KUASA-KUASA SULTAN SELANGOR SEBAGAI KETUA AGAMA RASMI SELANGOR dan bukan sebaliknya. Episod JAIS menyiasat DUMC sebuah gereja sel yang disyakki melakukan pengembangan agama selain Islam pada Rabu lepas TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN OLEH MANA-MANA PIHAK. SILA LIHAT CARTA DI BAWAH INI. ADA TAK NAMPAK PAS PUSAT DISEBUTKAN?



Rakyat wajib tahu bahawa 

ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR


Seksyen 4. Penubuhan Majlis.


(1) Maka hendaklah ada suatu badan bernama “Majlis Agama Islam Selangor” untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.


Tidak disebutkan MAJLIS KEPIMPINAN PAS PUSAT ATAU MB SELANGOR PUN.

Siapakah anggota-anggota MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR?

Seksyen 11. Keanggotaan Majlis.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

    (a) seorang Pengerusi;

    (b) seorang Timbalan Pengerusi;

    (c) lima orang anggota atas nama jawatan yang hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa itu memegang jawatan yang berikut:

      (i) Setiausaha Kerajaan Negeri;

      (ii) Penasihat Undang-Undang Negeri;

      (iii) Pegawai Kewangan Negeri;

      (iv) Mufti;

      (v) Ketua Polis Negeri; dan
    (d) tidak lebih daripada lapan anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka hendaklah yang arif dalam Hukum Syarak.
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budi bicara Baginda bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.
[Pin. Sel. En. A5]

(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan (1)(c) (ii), (iii) atau (v) bukan orang Islam, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya dari Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.
[Pin. Sel. En. A5]

(5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik bagi Majlis terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota Majlis sehingga tempoh pelantikannya tamat.



SEKALI LAGI TIADA DISEBUTKAN BAHAWA KEPIMPINAN PAS PUSAT & MB SELANGOR DIJADIKAN ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR.

Ini bermakna bahawa TINDAKAN MB SELANGOR DARIPADA SOSIALIS RELIGUS PKR MENYATAKAN RASA KESAL & MEMOHON MAAF KEPADA DUMC ADALAH TINDAKAN PERIBADINYA SAJA DAN TIDAK BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI MEWAKILI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR DAN JAIS. 

SIAPAKAH PENGERUSI MAIS YANG DILANTIK ATAS BUDI BICARA SULTAN SELANGOR SEKARANG?


ADAKAH NAMANYA DAN MUKANYA SAMA SEPERTI YANG DI BAWAH INI?

ABDUL KHALID BIN (?????)

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...