Isnin, 8 Ogos 2011

KUMPULAN MURTADDIN, AGNOSTIK & MUKTAZILAH DI MALAYSIA.

Rakyat jelata wajib bertanya dan mencari sebab musabab kewujudan kumpulan anak-anak muda yang mengelarkan diri mereka sebagai MURTADDIN, AGNOSTIK & MUKTAZILAH [Freethinkers] . Punca-punca menjadi MURTAD, AGNOSTIK & MUKTAZILAH wajib di kaji sedalam-dalamnya, Golongan ini perlu dijadikan bahan kajiselidik oleh badan-badan dan agensi-agensi ISLAM di semua negeri-negeri. Kita perlu tahu bagaimana mereka boleh terjerumus ke dalam gejala tersebut. Kita juga perlu tahu berapakah bilangan sebenar mereka di dalam masyarakat. Apabila kita mengetahui sebab musababnya barulah kita tahu apakah cara untuk menghalang dan menghapuskan terus pengaruh-pengaruh yang menjadi punca murtad, agnostik dan muktazilah. Kita tidak boleh menduga-duga sahaja tanpa sebarang fakta-fakta hasil daripada kajian kajiselidik yang dilakukan secara saintifik.


Kita perlu menerima realiti kehadiran kelompok tersebut di dalam masyarakat walaupun ianya amat pahit bagi kita. Kehadiran mereka tidak boleh lagi disembunyikan dan tidak di ambil peduli. Kita tidak mahu nanti kita sendiri terkejut apabila mendapati bahawa 60% umat Islam menjadi kurang disebabkan oleh pengaruh daripada kelompok mereka. Setiap hari mereka berinteraksi di dalam alam maya menyebarkan ideologi dna fahaman mereka dan mencabar ISLAM ikut sukahati mereka. 

Kita sewajibnya melakukan banyak perkara untuk memperbaiki kelemahan kita untuk memperkasakan ISLAM. Kita berkewajiban mempertahankan kedaulatan ISLAM pada setiap masa. Kita tidak boleh lagi hanya menjadi penonton pasif kepada semua cabaran yang dilemparkan kepada kita. Kita juga berkewajipan bertindak secara bijak mengikuti lunas-lunas berdasarkan kepada UMMATAN WASSATA WA  KHAIRATUN UMMAH. Genggamlah kuat-kuat BARA API ini.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...