Isnin, 8 Ogos 2011

HARI INI PUNYA CERITA. ANWAR IBRAHIM JADI BIDAN TERJUN TINGKAP.

Setakat pada hari ini dari jam 7 pagi sehinggalah ke jam 7 malam ada tiga buah cerita yang mewarnai Malaysia yang berkaler-kaler ini. Pertama kisah sambungan perbicaraan Anwar Ibrahim. Kedua, kisah Khir Toyo sudah kena prima facie kes rasuah ketiga sosialis religus PAS terus bengap apabila sebanyak 45 NGO menyerahkan memorandum sokongan kepada tindakan JAIS menyiasat sel gereja Methodis Damansara Utama. 

Dalam kisah pertama, siang tadi hambe membuat gempar sedikit untuk melihat reaksi para pembaca blog hambe jika sekiranya Anwar Ibrahim berjaya membuktikan beliau tidak meliwat. Daripada maklumbalas yang hambe terima nampaknya pembaca blog hambe ramai yang percaya Anwar Ibrahim akan gagal tersangkut juga dalam kes liwat keduanya.Hambe mohon maaf lah kerana buat gempar sebegitu ya. Walaupun Anwar Ibrahim diberikan kebenaran oleh mahkamah untuk menemuramah orang-orang yang di pohon olehnya termasuklah DS Najib dan Rosmah; tetapi kebenaran itu adalah bersyarat. Kefahaman orang ramai mengenai perjalanan prosiding jenayah sudah semakin bagus. 

Kisah kedua pula adalah kisah sedih menyayat hati di mana mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan prima facie kes rasuah terhadap Khir Toyo dan beliau dipanggil untuk membela dirinya. Selepas ini Khir Toyo akan membela dirinya bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. Didoakan agar Khir Toyo berjaya membuktikan pembelaannya. Khir Toyo menjadi sasaran puak sosilais religus kerana semasa beliau menjadi ketua pembangkang di dalam DUN Selangor beliau begitu vokal membantah ketidakadilan dan penyelewengan puak sosialis religus PAS, DAP dan PKR.

Kisah ketiga pula sebanyak 45 NGO telah menghantar memorandum sokongan kepada Sultan Selangor menyokong penuh tindakan JAIS demi mempertahankan maruah agama ISLAM daripada konspirasi jahat AGENDA MURTAD sosialis religus PKR, PAS dan DAP terhadap umat ISLAM di Selangor. Dalam isu ini, hambe amat takjub kerana sudah dua kali Presiden sosialis religus PAS merunduk tunduk kepada kemahuan SETIAUSAHA AGUNG DAP. Amat takjub bilamana kuasa tertinggi seorang MENTERI BESAR dan EXCO boleh dipersoalkan dan divetokan oleh PAS PUSAT.  Paling takjub ialah PAS PUSAT memperlihatkan sikap kediktatoran sosialis religus melangkahi dan melampaui kuasa-kuasa dua orang Sultan di dua buah negeri sebagai KETUA AGAMA bagi negeri masing-masing. Sejak bila PAS PUSAT ini diberikan kuasa menjadi KETUA AGAMA dan PIHAK BERKUASA AGAMA di dua buah negeri tersebut?

Kebengapan PAS PUSAT dalam menangani isu-isu berkaitan dengan hal ehwal agama ISLAM adalah begitu jelas sekali, Rakyat wajib tahu bahawa sebarang keputusan PAS PUSAT tidak boleh mengikat dan tidak dapat mengatasi keputusan mana-mana JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI dan MAJLIS AGAMA NEGERI di MALAYSIA ini. Kesemua isu-isu berkaitan dnegan hal ehwal agama ISLAM di mana-mana negeri dan di peringkat pusat adalah tertakluk kepada SULTAN NEGERI masing-masing yang diwakili oleh mufti-mufti negeri. Keputusan muktamad terletak kepada SULTAN-SULTAN NEGERI jika ianya berkaitan dengan negeri tersebut dan kepada MAJLIS RAJA-RAJA melalui YANG DIPERTUAN AGONG jika melibatkan isu-isu di peringkat pusat.

Kepimpinan PAS PUSAT, DAP dan PKR TIDAK ADA HAK DAN KUASA untuk menentukan apa-apa hal berkaitan dengan ISLAM di mana-mana negeri dan di peringkat pusat. JAIS bukan terletak di bawah kuasa PAS PUSAT. Kenapa PAS PUSAT hendak sibuk-sibuk campurtangan dalam perkara-perkara di mana ianya tidak mempunyai kuasa pun. PAS PUSAT tidak ada hak membuat teguran, memberikan nasihat dan mengarahkan JAIS mahupun EXCO berkenaaan memohon maaf kepada GEREJA SEL DUMC. Janganlah jadi seperti ANWAR IBRAHIM pula yang berlagak seolah-olah beliau mempunyai KUASA MEMANGGIL DS NAJIB & ROSMAH menjadi saksi walhal kuasa tersebut terletak kepada mahkamah.

JADI HAMBE HENDAK SEMUA RAKYAT JELATA DI SEMUA PERINGKAT TAHU MENGENAI HAL INI AGAR TIDAK MUDAH KELIRU DENGAN KUASA-KUASA MAHKAMAH MEMANGGIL SAKSI, KUASA-KUASA PENTADBIRAN AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI DENGAN KUASA-KUASA SEBUAH MAJLIS KEPIMPINAN PARTI POLITIK YANG SELALU SYOK SENDIRI. RAKYAT JELATA KENA FAHAM BETUL-BETUL, PAS PUSAT BUKAN MUFTI NEGERI-NEGERI MAHUPUN MEWAKILI YANG DIPERTUAN AGONG DAN SULTAN NEGERI SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM YANG RASMI. 

ANWAR IBRHAIM LAINLAH SEBAB BELIAU SUKA JADI BIDAN TERJUN SERBA SERBI.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...