Berdasarkan kepada maklumat di blog mymassa, dua firma guaman dari panel peguam yang digunakan oleh kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Sosialis Keagamaan PKR PAS DAP PSM merupakan penyokong kuat agenda murtad dan IFC. BIla disebutkan AGENDA MURTAD ialah berkenaan dengan pendirian yang di ambil oleh puak Sosialis Keagamaan bahawa mana-mana individu berhak secara bebas dan tanpa terikat dengan dogma tradisi agama, keluar dan masuk mana-mana agama pilihan hatinya pada bila-bila masa.
Pendirian tersebut adalah amat menyalahi Syariat Islam di mana mana-mana murtadiin dikenakan Hukuman Had bunuh setelah diberikan peluang untuk bertaubat tetapi masih enggan melakukannya. Menurut puak Sosialis Keagamaan melalui lisan-lisan tokokh-tokoh Sosialisma Islam hukuman Had bunuh kerana murtad tidak ada di dalam al Qur'an , na'uzubillahi min zalik.
Sila ke pautan mymassa untuk keterangan yang lebih jelas ULANG TAYANG BAGAIMANA KERAJAAN SELANGOR MEMBANTU AGENDA MURTAD
TEPUK DADA TANYA IMAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan