Khamis, 21 Julai 2011

UIKS ... PAS PAHANG & MAZLAN ALIMAN DAH JADI BROKER TANAH KE?

Bila membaca maklumat yang disampaikan oleh rakan bloger JAS yang menulis di dalam entrinya berkenaan dengan tindakan PAS Pahang yang sedang berkempen menipu peneroka FELDA di Pahang dengan mengedarkan BORANG TANAH, JS terenyum lebar. Gimik politk yang dilakukan oleh PAS Pahang tersebut walaupun nampak seperti lawak jenaka tahap Gaban tetapi kesanggupan mereka bersusah payah menyakinkan para pengundi di FELDA patut direnungi oleh semua. Kita boleh membaca gerakerja yang dilakukan oleh PAS PAHANG ini ialah kerana mahu memalukan DS NAJIB sebagai PERDANA MENTERI jika sekiranya PAHANG jatuh ke tangan pembangkang sepertimana terjadi kepada PAK LAH dan TUN DR MAHATHIR MOHAMMED. 

Pembangkang yang paling berpengaruh di PAHANG ialah PAS si Lebai Malang ini kerana gerakan awal menanam ketaksuban kepada PAS sudah dilakukan sejak tahun 70an oleh Presiden PAS pada masa itu , MOHD ASRI yang dilantik menjadi Menteri menjaga FELDA. Kita sudah maklum bahawa PAS akan melakukan apasaja demi memastikan 2 ketetapan siasah mereka dicapai hatta terpaksa 'melanggan pelacur' untuk menunjukkan sokongan kepada BARISAN NASIONAL sudah merosot. 

Apalah sangat dnegan melakukan 'PENIPUAN KECIL' mengedarkan BORANG TANAH kepada peneroka FELDA untuk menunjukkan bahawa KERAJAAN UMNO/ BN PAHANG sudah mulai goyah selepas PASCA KEGAGALAN BEERSHIT RM200. 

Lagipun jika usaha mereka gagal, mereka boleh memberikan alasan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah BETUL di sisi dalil syarie yang kukuh setelah diputarbelitkan oleh mereka dan mereka boleh mendakwa bahawa mereka sekadar mencuba untuk menjadi broker tanah dengan beralasan bahawa jika orang UMNO boleh menjadi broker tanah apasalahnya mereka jadi Broker Tanah FELDA pula. 

 TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan...
Nape font dlm artikel jd tunggang langgang cam ni..x leh nak baca selepas 1st para..

font x trsusun dlm perenggan..jd menegak..x dapek den nak baco artikel ni smpi abis..hehe.

Jas Salleh berkata...

Alamak betoi lah ....jap den betulkan nanti

Jas Salleh berkata...

ok den dah beto kan nyo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...