MENGEJUTKAN ! Itulah yang dapat digambarkan oleh penulis apabila diberitahu oleh Pawang Tempatan ( kali ini mangkuk tandas hayun awam berhampiran ibupejabat UNIT FITNAH SELANGOR - Kilang Fitnah Rejim Talibarut Zionis DAPKRPAS) yang memaklumkan sebentar tadi melalui pesanan ringkas telekomunikasi bahawa semua ADUN-ADUN DAPKRPAS kini bersesak-sesak di seluruh lokasi KLINIK 1 MALAYSIA yang berdekatan akibat baru sahaja terkena tulah Sultan Selangor yang bertitah murka kerana angkara ADUN-ADUN DAPKRPAS yang masih berdegil mahu melakukan perhimpunan haramjadah di ibunegeri Selangor. Paling terok ketulahan adalah Elizabeth Wong, Teresa Kok dan Khalid gagap yang kini dikatakan akan menyondol-nyondol kepala mereka apabila melihat warna kuning.
KDYMM Sultan Selangor telah memberikan amaran keras kepada penganjur dan peserta perhimpunan haram BERSIH agar tidak melakukannya di mana-mana bahagian jajahan takluk negeri Selangor termasuk menggunakan masjid dan surau sebagai tempat penginapan percuma.
Lapuran penuh petikan mstar di bawah:-
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya surau dan masjid di negeri ini tidak dijadikan tempat berehat atau tidur oleh mereka yang menyertai perhimpunan Sabtu ini.
Baginda bertitah sekiranya orang Melayu sanggup berkumpul di masjid atau surau untuk melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang, maka ini menunjukkan betapa rendahnya pemikiran orang-orang Melayu di dalam memuliakan rumah suci Allah kerana rumah ibadat itu adalah tempat mulia untuk beribadat dan mendekati diri kepada Allah.
"Beta menegaskan sekali lagi agar peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipatuhi kerana ianya bertujuan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam di Selangor," titah baginda ketika merasmikan Masjid As-Salam, Bukit Sentosa di sini.
Turut hadir ke majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi.
Berkaitan ada pihak-pihak yang mahu menganjurkan demonstrasi jalanan, baginda menasihatkan kepada seluruh rakyat Selangor supaya tidak terlibat atau mengambil bahagian atau menyertai demonstasi jalanan ini pada bila-bila masa jua pun kerana ianya akan merugikan negeri ini.
"Pada hemat beta, demonstrasi jalanan pada bila-bila masa jua pun boleh merebak dan menjadikan keadaan tidak terkawal dan akan menyusahkan rakyat jelata, di mana kedai-kedai dan premis perniagaan akan ditutup kerana takut dirosakkan oleh para penunjuk perasaan, rakyat tidak dapat menjalankan aktiviti harian mereka, sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi terpaksa ditutup serta keadaan keseluruhan negeri juga akan menjadi kelam kabut," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah sekiranya keadaan kucar-kacir berlaku, ekonomi negeri akan terjejas yang bukan sahaja membabitkan sektor pelancongan malah para pelabur asing juga akan merasa takut dan bimbang untuk berniaga di Selangor.
Titah baginda, sekiranya ada sesuatu yang tidak memuaskan hati dan ingin meluahkan sesuatu pendapat, ianya hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menjejaskan keamanan negara.
"Beta percaya rakyat negeri Selangor boleh berfikir secara waras sebelum membuat sesuatu keputusan dan dapat membezakan perkara-perkara yang baik atau buruk bagi memastikan bahawa negeri Selangor ini akan terus membangun dan rakyatnya yang berbilang kaum akan terus bersatu-padu serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera."
Baginda juga meletakkan keyakinan dan menyokong penuh pihak polis dalam menjalankan tugas mereka menjaga keamanan negeri dan negara serta keselamatan rakyat keseluruhannya.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa baginda akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor.
Baginda bertitah sebagai ketua negeri Selangor, baginda tidak akan membiarkan adanya anasir yang akan merosakkan bangsa dan agama.
"Di sini, beta ingin menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya hendaklah bersatu-padu dan janganlah berbalah-balahan antara satu sama lain disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.
"Kita orang Melayu bersatu dengan satu agama, iaitu agama Islam," titah baginda.
Baginda akan merasa sedih jika rakyat Melayu di negeri Selangor berpecah-belah disebabkan pendapat politik yang berlainan.
"Negara kita telah merdeka sebegini lama dan beta percaya rakyat Melayu di negeri Selangor ini telah banyak mempelajari dan mengetahui akan kemajuan hidup yang telah dicapai dan yang akan dicapai," titah baginda.
Baginda turut mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu mengikut emosi dan cepat terpengaruh dengan hasutan-hasutan yang tidak memberi keuntungan serta manfaat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan agama.
"Beta mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat beta yang peka dan prihatin terhadap usaha-usaha mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam negeri Selangor ini walaupun terdapat beberapa golongan yang cuba mencetuskan provokasi yang tidak diingini sejak kebelakangan ini.
"Tidak ada manusia normal yang sukakan pertelingkahan, ketidaktenteraman, permusuhan, apatah lagi memendam rasa benci dan syak wasangka," titah baginda.-MStar
MANA LAH KHALID G HENDAK LETAK MUKANYA SELEPAS INI. MALU !
TEPUK DADA TANYA IMAN.
3 ulasan:
Malangnya Tuanku, Selangor di tadbir oleh mereka yang TIDAK NORMAL.
aduh! sakitnya ... jantung ku ... rasa nak putus . apa sultan Selangor ni , dengar cakap UMNO ke ? itulah agaknya fikiran si Khalid gagap ... sian dia , sultan tak kasi dia berdemo ...
BarangSiapa tolak BERSIH...samalh dgn tolak Islam
Hmpunan BERSIH adlah utk tgakan KEBENARAN. Islm adlah BENAR. Islam prjuangkan yg benar.
Prjuangn BERSIH mmbwa kebenaran. Setiap yg benar adalh prjuangn Islam...
Brangsiapa yg menolak BERSIH adlah menolak ajran Rasululah. Menolak Rasulullah adalah menolak Islam.
Brangsiapa yg menenentang Himpunan bersih adalah sama dgn menentang Allah.
YAB Tuan Guru selalu ingatkn kita semua jangan menolak Allah. Biar Umeno saja yg tolak Rasul..menentang Allah..tetpi Tuan Guru akan pertahankn Rasul...akn pertahn Allah.
dari al Baihaqi daripada Ibnu Abbas rahuma (hadith marfu') di mana Rasulullah saw bersabda mafhumnya " Barangsiapa yg berpegang kepada sunnahku di waktu ummatku sedang rosak maka untuknya ganjaran seratus mati syahid" Juga dari riwayat at Tabrani daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda "Maka untuknya ganjaran seratus mati syahid"
YAB Tuan Guru tlh pesan banyok kali...jgn mati sia2 kerana sokong Umeno UPCO..lbih baik mati syahid kerana ganjran pahala yg banyak.
Kalw kita pergi himpuan bersih kerana Allah..dpt pahala...klaw kita kena tangkap..dpt lagi pahala di niaya oleh polis...klaw kita mati akn ditmpatkn di syorga yg khos utk org yg mati syahid.
YAB Tuan Guru sudah sebuk bnyak kali...UMeno-UPCO tdak boleh bawa kita ke syorga...hanyak bawak setakat lubang kubur saja..
Sumber: http://terunapondoktimur.blogspot.com/2011/07/barangsiapa-tolak-bersihsamalh-dgn.html?showComment=1310138830868#c572591642186
Catat Ulasan