Jumaat, 8 Julai 2011

KESALAHAN HIRABAH & BUGHAH OLEH PAS SEJAK 1955. (2) -GMC OSMAN.

ARTIKEL INI ADALAH SAMA SEPERTI SEBELUMNYA, DIKREDITKAN SEPENUHNYA KEPADA SAHABAT FB SAYA, GMC OSMAN DAN BUKANLAH TULISAN SAYA SENDIRI.  INGAT, ARTIKEL DI BAWAH INI BUKAN HASIL NUKILAN SAYA TETAPI HASIL USAHA KARYA TERBAIK RAKAN FB SAYA GMC OSMAN. TULISAN ASAL ANDA BOLEH KE AKAUN FB GMC OSMAN ATAS TAJUK : PASS2. 


PASS2 - OLEH GMC OSMAN.

[TRAGEDI AKIBAT AMANAT DAJAL HADI] 

Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982.] 

[Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu. [Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. ]

Majlis Fatwa PAS negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". 

Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986) Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul? ]

Persoalan sekarang….setelah AMANAT DAJAI HADI AWANG di gadai pada Dapig…. Masih halalkah hukum/fatwa/kenyataan ini…

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" Majlis Ulama PAS Kelantan pada Ogos 1963]

Soalannya: Masih Islam atau sudah menjadi KAFIR Penyokong2 serta pemimpin PAS hari ini?

Bagaimana dgn mangsa2 yg terkorban di Memali …yang
dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan,……??????

Setelah Amanat Dajai Hadi sudah disepak kekandang babi DAP…PAS / Hj Hadi pada hari ini berpelokan dan  berdakapan pula dgn AmboiGA dan DAP ?????

Apakah perlu mengali semula kubur dan menyempurnakan semula jenazah mereka (arwah yang terkorban di dalam peristiwa MEMALI) seperti biasa…? Kerana amanat dajai Hj Hadi sudah bertalam dua muka?? Mahukah PAS mengambil risiko ini..???

Sedarkah kita tentang penipuan PAS hari ini…?

Allahuakbar...!!! Renung2lah wahai umat Melayu mengenai halatuju politik PAS pada hari ini.

WASSALAM GMC.


ULASAN JS:


Kita kaji semula kronologi penglibatan Hj Hadi di dalam PAS.
 
Hj Hadi adalah bekas orang kuat dan kepercayaan Anwar Ibrahim semasa di dalam ABIM termasuklah arwah Ustaz Fadhil Noor. Beliau telah diarahkan oleh AMWAR IBRAHIM untuk menyertai PAS kononnya di atas permintaan Pak Natsir (Tokonh WAMY di Indonesia, WAMY adalah sebuah pertubuhan tajaan Yayasan USA)

Beliau memasuki PAS pada tahun sama ANWAR IBRAHIM menyertai UMNO yakni pada tahun 1981. Sebaik sahaja beliau menyertai PAS, maka keluarlah AMANAT HJ HADI tersebut pada 7hb April 1981,

Setahun selepas itu terjadilah TRAGEDI MEMALI pada 29hb Disember 1989. Lalu, kerajaan BN/UMNO dipersalahkan ke atas kejadian itu. Sekali lagi Hj Hadi meloloskan dirinya daripada dipersalahkan. Kuburan para arwah ditaburkan dengan minyak attar bagi mengabui dan menipu orangramai ini mengikut maklumat terkini YB Bandar Bharu , Zulkifli Nordin dalam siri ceramahnya,

Menurut KERTAS PUTIH KERAJAAN mengenai TRAGEDI MEMALI, penglibatan unsur subversif parti komunis Malaya yang diharamkan amat jelas sekali yang bertujuan memperalatkan dan memperdayakan kebangkitan semangat ISLAM di seluruh dunia agar kelompok militan dan ekstrimis ISLAM dapat didakyahkan secara halus bergabung dengan GABUNGAN KOMUNIS. 




Pada hari ini kepincangan TABUNG MEMALI didedahkan di dalam buku AIR MATA MEMALI dan sehingga kini penulisnya tidak berani di saman oleh pihak PAS mahupun dinafikan oleh pihak PAS.

Kemudian, berlakulah pula kesepakatan PAS dengan DAP dalam BARISAN ALTERNATIF yang kemudian disertai oleh KeADILan. Apabila KeADILan bergabung dengan PARTI RAKYAT MALAYSIA sebuah parti politik fahaman Sosialis Revolusioner sayap kiri yang sama fahaman dengan DAP dan PKM, pada 2003, muncullah PAKATAN RAKYAT.

Pengaruh SOSIALISMA di kalangan orang MELAYU bukan berpunca daripada DAP tetapi daripada PRM yang mana Presidennya sentiada orang MELAYU. PKR pula menelan bulat-bulat semangat revoluisoner sosialisma berhaluan kiri PRM sebagai ideologi utama mereka. 

Pada hari ini, semangat melawan dan membenci UMNO yang sudah menjadi tradisi dan wadah perjuangan MELAYU berfahaman SOSIALIS BERHALUAN KIRI yang di bawa oleh AHMAD BOESTAMAM dan BURHANUDDIN HELMI, SHAMSIAH FAKEH , RASHID MYDIN dan ABDULLAH CD diteruskan oleh PKR.

Jika pada 20hb Oktober 1948, mereka (PRM) mengadakan HARTAL membantah deraf Perlembagaan dan menggangu proses perundingan KEMERDEKAAN antara pihak Sultan-sultan Melayu, UMNO dengan pihak BRITISH, pada hari ini mereka mengadakan PERHIMPUNAN BERSIH 1 DAN BERSIH 2 bagi menggulingkan KERAJAAN UMNO/BARISAN NASIONAL yang dianggap oleh mereka sejak sebelum MERDEKA sebagai PEWARIS BRITISH / NEO-KOLONIAL BRITISH sedangkan pada era pemerintahan TUN DR MAHAHTIR, kesemua hubungan yang masih mengikat MALAYSIA kepada BRITISH sudah di buang dan diputuskan seperti RUJUKAN KES RAYUAN KE PRIVI COUNCIL.





TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...