Rabu, 8 Jun 2011

HAMBOI PEMIMPIN JENIS APA INI, BISING BANGAT TAPI HAMPURAS.

Ada pemimpin yang baik dan ada pemimpin yang angkoh riya'. Ada pemimpin berjasa dan ada pemimpin banyak dosa. Kalau Pemimpin Kuat Kencing , Pengikutnya pula mulut hancing. Ada pemimpin cukup dengki jika ada pemimpin lain yang lebih hebat darinya. Apalah sangat sepinggan nasi kandaq dengan sebungkus rokok Dunhill.
1.  Apabila kita mengkritik pemimpin, kita mesti tahu apakah yang kita kritik dan kalau hanya setakat mengkritik selepas kekenyangan sepinggan nasi kandaq dan menghisap sebungkus Dunhill apa manafaatnya kritikan tersebut kepada rakyat? Mengkritik pemimpin bukan seperti mengkritik hasil seni video ala seksual si Gambit Bangang, 

2. Kita mengkritik pemimpin untuk membetulkan tindakan salah pemimpin tersebut agar rakyat mendapat manafaat daripada kritikan itu. Jika hanya mengkritik pemimpin semata-mata kerana tidak dapat habuan projek, kritikan itu bersifat hendak kenyang sendiri dan bukan untuk rakyat, Dalam mengkritik pemimpin, kita bukan mengkritik peribadinya tetapi polisinya dan tindakannya sahaja. Jika mengkritik peribadi pemimpin hanya semata hendak namapk seperti vokal mokal, apa faedahnya kepada rakyat?

3. Kita akui memang wujud pemimpin spesis sotong motong dan jerung putih. Malanglah bagi kita jika tidak mengenal mana pemimpin Intan dan mana pemimpin spesis sotong motong jerung putih. Bila kita hendak mengkritik maka bersedialah kena kritik dan andaikata bila kritikan berbalas dan terasa pedas, jangan makan nasi kandaq banyak-banyak tapi kepedasan itu bisa hilang dong dengan sebatang Gudang Garam. 

4. Kita wajar menyokong tindakan dan polisi baik daripada pemimpin dan  dalam masa yang sama bersangka baik kepada mereka. Janganlah pula hendak menghentam pemimpin yang mahu membaikpulih mana-mana GLC yang sebelum ini di ratah oleh kerakusan seorang pemimpin veteran yang kini bergiat cergas dalam senilakon lucah. di sebelah pihak sana. Jika hanya hendak mengkritik bagi menaikkan nama kembali dalam bidang kepimpinan pakata saya hadiah sekeping cermin kepadanya agar dia melihat betul-betul wajahnya seiras siapa.

Kesemua prestasi GLC yang  ditubuhkan oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat pada awal 70an, begitu merundum prestasinya kerana di ratah dan di mamah oleh seorang pemimpin veteran yang amat handal beraksi di atas katil. Pemimpin veteran tersebut masih mempunyai jejuak yang berangan-angan mahu menjadi adiwira kerana gagal mendapat habuan projek. Kalau setakat bising tap hampuras lebih baik letak jawatan. TEPUK DADA TANYA IMAN,

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...