Ahad, 19 Jun 2011

APA NAK TAKUT-TAKUT, PERGI AMBIL PERINTAH INJUKSI HALANG RAT SEGERA!


  1. Apa nak takut-takut lagi dengan kelompok yang kurang adab lagi biadap melampau ini? Kepada YB Zulkifli Nordin elok YB pergi ambil perintah Injuksi Mahkamah awal-awal ataupun minta semua laporan polis di buat Refer-to-Magistrate untuk menghalang RAT yang amat merbahaya kepada keselamatan awam dan negara.

  2. Inilah caranya kita membantu pihak keselamatan negara menjaga keselamatan awam dan negara. Kita buat inisiatif dan mohon perintah injuksi mahkamah. Kita mohon gantirugi teladan. Kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, anda juga patut memohon perintah injuksi daripada mahkamah. Kita panggil semua lahanat-lahanat yang hendak buat RAT itu memberi keterangan afidavit sokongan kepada mahkamah. Biar mereka perjelaskan kenapa mereka hendak lakukan RAT. 

  3. Kita lawan mereka dalam mahkamah. Biar berbuih mulut Ambiga hendak menjawab kepada mahkamah. Jangan lupa mohon juga gantirugi teladan kerana cuba menghasut dan kesalahan Tort kacau ganggu awam. Gunakan kemahiran perundangan terhadap mereka. Negara ini ada undang-undang dan mereka wajib menghormati Institusi Badan Kehakiman Negara. Tidak ada alasan dan hujah bagi mereka untuk meredah dan melanggar undang-undang negara ikut suka hati pala hotak diaorg! 
Lahanat-lahanat RAT tidak boleh dibiarkan berbuat sesuka hati mereka. Mereka perlu di ajar menghormati perundangan negara ! Mereka menghasut rakyat untuk berbuat kerosakan. Kita wajib menghalangi mereka ! Cepat bertindak. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...