Rabu, 29 Jun 2011

ANDA BERHAK MENYAMAN PENGANJUR BEERSHIT. BAGAIMANA DAN SIAPA YANG PERLU DI SAMAN.


Tertarik dengan artikel blog politik Jerantut WZWH juga seorang sahabat baik JS, artikel penuh di sini kerajaan-dan-rakyat-malaysia-perlu.ambiga, JS menyentuh serba sedikit mengenai hak menyaman yang di sebut KAUSA TINDAKAN, cara-cara menyaman serta tuntutan-tuntutan di dalam saman.

KAUSA TINDAKAN (HAK MENYAMAN)

Hak anda untuk menyaman Ambabigagal dan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil termaktub di dalam Kebebasan Asasi Bahagian II Perlembagaan Malaysia dan Akta Sivil.

Anda boleh menyaman di atas kapasiti berkumpulan mewakili kepentingan kelompok yang terjejas akibat Beershit dan di atas kapasiti anda sebagai seorang pengundi berdaftar yang diprejudiskan hak anda untuk mengundi bagi memilih kerajaan melalui sistem pilihanraya.

Alasan-alasan bagi KAUSA TINDAKAN yang anda boleh kemukakan ialah penganjuran BEERSHIT telah menyebabkan dan akan menyebabkan keselamatan nyawa, hartabenda dan pergerakan anda terancam yang boleh mengakibatkan anda mengalami kerugian, ketakutan dan kacauganggu kepada penghidupan anda. Termasuk menafikan dan memprejudiskan hak anda sebagai pembayar cukai. Seterusnya menafikan, memprejudiskan dan menjejaskan hak anda sebagai pengundi berdaftar.

TUNTUTAN-TUNTUTAN SAMAN.

Anda boleh menuntut kepada mahkamah perintah-perintah khusus, am dan tambahan seperti berikut :-

1. Tuntutan gantirugi am dan khas ke atas kerugian ekonomi dan kacauganggu penghidupan.
2. Memohon perintah injuksi terhadap penganjur BEERSHIT.
3. Memohon perintah khusus Mandamus meminta mahkamah mengarahkan pihak Polis, KDN dan Pendaftar Persatuan membatalkan pendaftaran semua NGO-ngo, parti politik dan persatuan yang menjadi ahli Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil.
4. Memohon perintah khusus mahkamah mengarahkan penganjuran Beershit dibatalkan di seluruh negara dan di luar negara atas kepentingan keselamatan Persekutuan, mana-mana bahagiannya termasuk kawasan kedutaan dan keselamatan awam.
5. Memohon apa-apa perintah mahkamah yang difikirkan suai manafaat dan munasabah sebagai tambahan.

CARA MENYAMAN.

Anda boleh menamakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil sebagai defendan pertama, AJK penganjur Beershit sebagai defendan kedua, ketiga dan seterusnya dan ahli gabungannya sebagai defendan-defendan seterusnya.

Anda boleh memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di mana anda bermastautin samada di atas nama anda sendiri atau di atas nama perkumpulan anda.

Saman hendaklah difailkan serentak di seluruh negara bagi membolehkan mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo menetapkan dan menyatukan semua saman-saman bagi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan ianya merupakan saman-saman berkumpulan di atas isu-isu yang dipertikaikan dan tuntutan-tuntutan yang sama. 

Bagi mempercepatkan proses pendengaran, anda wajib memfailkan SIJIL PERAKUAN SEGERA di atas alasan bahawa ianya perlu di dengar segera atas kepentingan keselamatan awam.

Diharapkan PERKASA, UMNO, BARISAN NASIONAL, PARTI-PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL, PATRIOT, orang perseorangan, korporat dan persatuan-persatuan peniaga, teksi dan mana-mana orang perseorangan, pertubuhan berdaftar, ngo-ngo dan persatuan berdaftar yang anti BERSIH 2.0 akan mengambil tindakan cepat menyaman PENGANJUR BERSIH.

KOS & PERBELANJAAN.

Kos dan perbelanjaan bagi memfailkan saman dan Sijil Perakuan Segera di mana-mana Mahkamah Tinggi ialah hanya sekitar RM 500 sahaja. 

Kos khidmat peguam boleh di rundingcara dengan peguam yang terbabit. Ataupun anda boleh meminta khidmat bantuan guaman daripada BIRO BANTUAN GUAMAN yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia di semua negeri. 

JS berharap agar maklumat ini boleh dijadikan suatu tindakan yang dizahirkan kepada tindakan yang proaktif bagi menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENYOKONG BEERSHIT DAN BEERSHIT ADALAH TINDAKAN BAHLOL SEKELOMPOK KECIL YANG MAHU MEMBUAT HURU HARA.




NAK TUNGGU APALAGI? SAMAN JE TERUS, BOLEH GUNAKAN KHIDMAT YB ZULKIFLI NORDIN DAN PEGUAM-PEGUAM YANG ANTI BEERSHIT. ANDA SEMUA MAMPU LAKUKAN! TEPUK DADA TANYA IMAN.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

more, more, more..................
http://www.beidouweb.net/?fromuser=kikilala126

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...